Saturday, 27 March 2010

Penat Berseminar Kepuasan Tak Terhingga


Assalamualaikum,

Apa kabar semua? Mesti sihat-sihat semua kan? Mirul je yang makin kurang sihat. Entah la, sejak demam 2 minggu mase part 2 hari tu, sampai sekarang berat badan tak naik-naik. Makin turun ada la. Sampaikan kengkawan pun cakap makin kurus. Hurm, nak buat macam mana dah nasib badan. Tapi, kata orang jadi MPP badan boleh naik. Hehe… kalau boleh naik, kena la rain exercise kan. Kalau tak, perut nih xder berketul-ketul… ada 1 ketul je.

Sebenarnya, Mirul nak bercerita tentang aktiviti semalam. Seminar Internet Business: Gateaway To Zero Unemployment. Seminar ni senang cakapnya seminar macam mana nak buat duit membina kredibiliti keusahawanan di internet. Bukan senang ye nak kumpulkan 4 otai IM; Ammar Zahar, Bro Jamal, Labanon n Amirol (bukan Amirul ye…). Ha, masa nak bentang program untuk dapat kelulusan bajet, dekan agak berat nak luluskan. Tapi dekan luluskan jugak sebab MPP baru dilantik dan nak memperkenalkan diri kepada pelajar. Tapi Mirul teruskan juga buat program ni. Sebab Mirul nampak program ni mampu untuk membantu pelajar kita. Ye la, buat apa main facebook hari-hari kalau setakat menghabiskan duit je? Lebih baik main facebook sambil buat duit.

Tetapi, masa perasmian program, terharu juga bila dekan cakap yang beliau pada awalnya keberatan nak luluskan program, tapi lepas berbincang dengan penceramah, dekan pon nampak yang perniagaan internet ni boleh pergi lebih jauh ke hadapan. Sampaikan dekan cakap nak buat program enhancement untuk pelajar  tahun akhir. Tak sangka dekan nampak berminat dengan program ni. Berbaloi jugak la berhempas pulas menyiapkan program. Ha, semalam student kelas 2C (kelas yang jalankan program ni) kena marah. Ye la, jemputan, pengangkutan, sijil semuanya bikin panas je. Tapi sebenarnya kesian jugak kat diaorang ni sebab kena marah. Bukannya diaorang expert sangat pasal pengurusan program. Tiba-tiba je kene uruskan program. Sori la korang ye.

Ha, seronok betul seminar masa tu. Ceramah Ammar dah penah dengar, jadi ok la lagi. Bro Jamal pulak dengan gila-gilanya. Ha, teruk abang Fizi dijadikan model masa ceramah dia. Asyik-asyik abang Fizi. Abes merah muka abang Fizi menahan rasa bangga malu yang teramat. Masa Labanon pulak, yang ni seronok. Produk fizikal pengkhususan kepada dropshipping. Memang niche Mirul. Mirul jual apa? Jual orang la... eh tak. Jual produk penjagaan diri. Tapi Mirul tak ada stok. Semuanya dropshipping je. Senang dan mudah. Labanon bila bagi ceramah masuk juga la adegan gila-gilanya. Ada ke dia cakap nak dropship MPP. Mentang-mentang la Mirul ringan, kos kurier murah, nak dropship la pulak. Kalau nak dropshp Fifi mesti la mahal. Maklumlah, Labanon ni sebaya Mirul je. Bezanya Mirul belajar lagi, Labanon dah ada pendapatan 5 angka. Tapi bukan tu ceritanya. Isi ceramah semuanya best. Masa Amirol bagi ceramah tiba-tiba blackout. Alamak. Macam mana ni. Kesian Amirol terpaksa bagi ceramah dalam gelap. Amirol pula masa tu kurang sihat.

Ha, Mirul dapat cabutan bertuah tau. Rahsia Affiliate Kerajaan. Ebook yang Mirul tak beli lagi. Hehe… Mirul kan tak ada duit. Kalau guna duit di tempat yang salah karang ada pula orang komplen kata Mirul boros. Ha, senang cakapnya, memang puas hati la dengan program semalam. Segalanya puas. Sebelum terlupa, Nas penolong s/u untuk program ni. Kesian tol kat dia. Sampai dah give up nak buat keje. Hantar surat berpuluh-puluh keeping Mirul reject senang-senang je. Jem gak rr tengok dia penant. Yang lain pon sama jugak. Semua penat. Kiranya perbelanjaan untuk semalam percuma la. Makan pagi, tengah hari dan malam semuanya percuma. Ni yang best jadi MPP. Makanan semua cukup. Masa je yang tak cukup. Hehe, lepas ni nak uruskan program Voice of Student Leaders pula. Mengamuk-ngamuk la pengarah projek biro pendaftaran tak buat kerja lagi. Kad Matrik, name tag, dan folder pon tak siap lagi. segalanya sebab sibuk uruskan pasal Hari Mesra Santai dan Seminar ni. Didi, sori ek…… haha. Babai kengkawan. Nanti kalau ada masa Mirul kongsi lagi dalam blog ni ye.


Saturday, 6 March 2010

Kisah Di Bangi


Ha, dah lama dah bercerita dalam blog ni. Memang semenjak dua menjak ni agak sibuk sikit. Test, watikah, seminar internet business dan yang baru-baru ni ada pulak mesyuarat MPP semalaysia dengan Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar KPT (Kalaulah boleh menjadi pelajar biasa semula).  Sebut pasal mesyuarat dengan MPP semalaysia nih. Ada la cerita sikit. Apa? Nak dengar? Mana boleh. Kat blog mane ada orang denga. Orang baca je.

Macam ni. Tengah-tengah sibuk dengan web MPP yang tak siap-siap ni, sekonyong-konyongnya henpon bedering. Tet..tet…tet… Adoi… Masa tengah sibuk2 ni la henpon ni nak berdering pulak. Masa tengah tak sibuk tak nak la pulak bordering. Rupa-rupanya… wahyu datang. Apa kandungan wahyu tu? Kene pegi mesyuarat MPP kat Bangi. Memula tak nak pegi. Kesian kat fifi penat pening uruskan pasal MICPA punya program. Tapi, sebab kitorang dah janji nak involve dalam fakulti dan universiti, maka pergi jugak la. Adil la kan. Mintak-mintak tahun ni MPP akaun dua dua dapat jaga kebajikan pelajar (kebajikan sendiri?).  Ha.. pagi-pagi bangun pukul 6, mandi, sembahyang subuh, pakai baju. Alamak! Tshirt putih tak kering lagi. Nasib baik kemeja putih tu tebal. Jadi tak ada masalah la sangat. Pergi la meredah hujan demi tanggungjawab. Ye la, orang takder awek ni la tanggung jawab yang ada…

Kat perhentian bas Seroja. Sorang-sorang je datang. Nasib baik ada atul. Yang lain? Terkandang sebab hujan. Alih-alih pukul 7.45pagi baru pegi. Tak pe. Sampai kat ESSET pukul 8.50pagi. Masuk-masuk terus buat muka tak bersalah datang lambat. Duduk la. Habis je sesi 1, tiba-tiba datang seorang MPP UTeM ni. Suka hati je tegur orang kan. Salam tak bagi plak tu. Zakuan orang nya. Mantan NYDP JPP KMK 07/08. Rakan setugas dulu. Sekarang ni jadi exco biasa je. Kemudian jumpa Atifah. Exco Kebudayaan, Kesenian dan Warisan JPP KMK 07/08. Dia jadi NYDP1 UMT. Kami yang MT JPP sekarang nak merasa jadi orang bawah. Bagi exco-exco MPP plak naik atas jadi MT. Nak bangga sikit, sebenarnya, sepanjang 5 tahun KMK ditubuhkan, JPP kami adalah JPP terbaik. Ni Penolong Pengarah HEP yang cakap.

Dah jumpa tu, bersembang la kami. Ukhwah kami mmg agak kuat. Mungkin sebab YDP yang didik kami dengan biah Islamiah. Tak sangka pulak, ramai student biasa kat KMK dulu jadi MPP MT pulak tu. Ezal jadi NYDP UNIMAS, Hafizah jadi Penolong Bendahari MPP UiTM, Muin MPP KMK, Shiroo MPP UPM, Shukriah MPP UMT dengan Atifah tadi. Ramai lagi sebenarnya. Lupa pulak. Azmi Exco Akademik Sains Hayat JPP KMK 07/08 jadi MPP USM. Wah, kullukum rai’n wakullukum mas’ulin an ra’iyatih. Ingat tu. Nanti kat padang Mahsyar kene tanye. Bukan boleh ngelat masa tu. Tak nak cerita panjang-panjang. Sebenarnya nak bagitau yang jumpa kawan-kawan kat matrik tu je. Seronok. Makan free tengah takde duit ni.

Korang doa-doakanlah Mirul dapat istiqamah dalam berblog ni. Mudak-mudahan kesibukantak jadi penghalang untuk berbicara. Ingat, tatkala hati terusik, tinta mula berbicara. Tapi kalau time tengah menjiawang, takde la pulak nak mencoret di sini. Haha.. gurau je la korang. Babai…..


Tuesday, 23 February 2010

Bestnye Couple

Saya suka tengok jari dia...
Cantik betul... Sungguh!Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...Tapi takut nanti jari kitorang
tak boleh tolong each other
Di satu hariyang giler forever depan yang maha Esa...

Saya sedih tengok dia tak tido,
tak makan rindu kat saya...Saya pun macam tu jugak,
problem yang sama..Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok dia
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, bwk moto elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib
gitu Die tak kata satu aper pun...Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia...
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...

Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti..



ingat sikit korang yang dah kapel nih.... jangan asyik nak dating jer....


Thursday, 18 February 2010

Mangsa Keadaan Jadinya


Macam mana dengan cuti pertengahan semester? Best? Mesti la kan. Nama pun cuti. Ha, minta maaf sangat-sangat. Sebab apa? Lama sangat tak bercerita dalam blog ni. Sebenarnya, bukan sengaja tak nak bercerita, tetapi ada sesuatu yang berlaku. Apa yang berlaku? Sebenarnya, masa pertengahan bulan satu hari tu, Mirul dapat satu panggilan. Panggilan lamaran. Bukan kahwin la, lamaran untuk bertanding pilihan raya kampus. Jadi, Mirul pun pergi la atas dasar persahabatan. Ye la, Mirul sepatutnya jadi Campaign Manager untuk Fifi. Nak-nak pula Meor cakap dia nak bertanding. Tapi diaorang tak boleh nak datang atas sebab-sebab peribadi. Ha, nak jadi cerita lagi, Mirul kena bertanding. Memang tak boleh lari dah ni. Kena la bertanding. Borang pencalonan pun hantar pukul 5.59 petang. Poster yang ditampal pun tak sampai 300 keping. 300 keping untuk 2 kampus. Memang sunyi betul pilihanraya kali ni. Sampai masuk dalam Metro Pilihan Raya UiTM Lesu. Sebenarnya, pilihan raya kali ni ramai yang gunakan laman social sebagai medium untuk berkempen. Jimat sikit duit kan?

Tutup cerita tentang pilihan raya. Mirul nak bercerita tentang kisah kat rumah ni. Mirul balik 14hb selepas YDP umumkan BTN tak jadi. Konon-kononnya nak study la kan. Kat Simpang Empat, Uda Koa, Uda Mat, Cik Bob dengan Cik Linda datang nak jemput. Wah, dengan kereta Exora tu. Mirul naik je la. Rupa-rupanya mereka ada komplot! Ya, komplot untuk brainwash Mirul. Macam-macam la Mirul kene. Mewah sangat la kat UiTM, tak fikir adik-adik la, tak pandai merancang la, ini la, sampai yang menariknya kate Mirul buat perkara tak manis kat Shah Alam ni. Tapi, Mirul dengar la juga apa kene brainwash tu. Ye la, Warrent Buffet pernah cakap; Listen To What Others Say, But Decide on Your Own. Kenal tak Warrent Buffet? Orang no.2 terkaya di dunia.

Kelakar juga sebenarnya bila Uda Koa risau Mirul liar kat Shah Alam ni. Ye la, duduk kat bilik tak keluar-keluar, tiba-tiba Uda cakap macam tu. Tak pe, bagus kan. Maknanya ada lagi orang yang ambil perhatian kat kita. Tapi yang Mirul tak pasal suruh Mirul duduk hostel. Betul la, bila jadi MPP memang akan dapat kemudahan hostel. Mirul cakap nanti bila tak jadi MPP susah, kalau dapat housemate yang tak senakal Mirul. Kalau dapat yang suka makan asap ke, yang ada masalah pendengangaran sampai kene pasang muzik kuat-kuat kan susah. Mirul nih tak suka marah orang. Tapi semua cakap jangan fikir masa depan. Fikir tentang sekarang. Memang tak faham langsung. Sori la, Mirul student perakaunan, memang dah diajar merancang untuk masa panjang. Nak buat apa-apa keputusan, kene fikir baik dan buruk bukan je untuk seminggu dua tetapi untuk setahun dua. Mak selalu cakap, ramai orang nak untung seposen tapi rugi seringgit. Kena ada misi dan visi. Kalau duduk dalam, kesian la kat awek Mirul. Dah rr Mirul tak penah syer awek Mirul ni dengan orang lain. Adik-adik Mirul nak pinjam awek Mirul pun Mirul tak penah bagi. Siap guna thumbprint untuk logon. Kalau la awek Mirul ni dirampas orang bila Mirul duduk hostel, memang frust. Lain la kalau perampas tu tinggalkan hard disk awek Mirul, tak pe la jugak.

Setelah memikirkan pelbagai perkara, bukan hanya soal duit yang nampak tapi soal duit yang tak nampak, Mirul rasa lebih baik Mirul duduk kat luar je jadi NR. Memang akan rugi dalam jangka masa pendek, tetapi ada potensi untuk keuntungan dalam jangka masa panjang. McDonald tak untung dalam 3 bulan, KFC pun sama. Semua pelaburan dan perniagaan memerlukan masa untuk menjana keuntungan. Sama la juga dengan hisup ni. Memang lumrah untuk berhadapan dengan kegagalan awal, tetapi Insyaaallah berjaya dalam jangkamasa panjang.

Tun Dr. Mahathir selepas mengakhiri ucapannya dalam Perhimpunan Agung UMNO ke 58 pernah berkata, orang Melayu suka memberikan komen kepada orang lain, tetapi tidak tahu untuk memberikan komen kepada diri sendiri. Macam kuman di seberang nampak, gajah di depan mata tak nampak.


Thursday, 31 December 2009

Azam Baru Tahun Baru

Tak lama lagi kita dah nak masuk tahun baru. Tahun baru Masihi la. Tahun baru Hijrah dah berlalu.Bila sebut tahun baru, kenapa mesti dikaitkan dengan azam baru? Adakah setiap tahun kita memerlukan azam baru? Ataupun azam tahun lalu sudah tidak terpakai lagi? Ha, Mirul kali ni nak berazam. Azam baru la. Sebab azam tahun 2009 dah tercapai, walaupun terlepas dipenghujung tahun. Tapi tak mengapa. Setidak-tidaknya tercapai juga bukan? Apa azam tahun 2009? Nak tahu? RAHSIA.

Baiklah, Mirul nak bercerita sikit tentang azam tahun baru nih. Azam Mirul pada tahun ni nak mendapatkan semua perkara yang Mirul terlepas pada pada tahun 2009. Banyak sangat yang Mirul hilang masa tahun 2009. Hurm, memang mengecewakan. Yela, Mirul cukup jarang tak dapat apa yang Mirul nak, tapi bila masuk tahun 2009, Mirul banyak tak dapat apa yang Mirul nak. Tapi tak nafi jugak, yang Mirul pun dapat banyak perkara cuma tak kekal lama sahaja.

Apa yang Mirul nak dapatkan? Banyak sebenarnya, tetapi Mirul nak syer sikit jer. Yang lain tu biarlah. Hanya yang mengalami akan memahami. Ayat kegemaran Mirul ni. Mula-mula Mirul nak dapatkan result yang baik semula tahun ni. Ye la, tahun lepas result sangat teruk. Berapa Mirul dapat? RAHSIA. Lagi, Mirul nak kuatkan kembali diri ni sama macam nama AMIRUL. Apa makna nama ni? Cari la dalam kamus ya. Aliff, mim, ya, ra. AMIR. Macam mana pula dengan nama MUKMIN? Hihi. Yang nama tu pula, biarlah masa yang berbicara. Tu baru 2 kan? Mirul nak bagitahu yang terakhir sekali. Tapi bukan bermakna ini sahaja perkara yang Mirul nak dapatkan ya. Yang lain tu Mirul nak simpan. Resmi padi, makin tunduk makin berisi. Mirul nak buat empayar perniagaan internet Mirul. Mirul nak pastikan sebelum hujung tahun ni, Mirul nak ada produk sendiri. Lagipun, sekarang ni Mirul dah siapkan satu ebook - Bagaimana Untuk Gagal yang Mirul akan edarkan secara percuma dalam pasaran internet Malaysia. Projek grafik Mirul pun dalam perjalanan sekarang ni. Mirul buat koleksi grafik dengan Hazim, kawan Mirul masa kat sekolah dulu. Dia ni macam sifu Mirul. Mirul kenal dunia grafik ni melalui dialah. Grafik awal Mirul kebanyakannya Mirul rujuk grafik dia.

Cukup la tu kan? Mirul kongsikan 3 perkara yang Mirul nak dapatkan tahun 2010. Cuma Mirul harap Mirul tak kehilangan banyak perkara macam tahun 2009. Apa-apa pun, yang penting usaha bukan? Tanpa usaha, azam tidak berguna.



Monday, 28 December 2009

Suntikan Lebah - Terseksa Sebentar

Bila sebut pasal lebah ni kan, macam-macam orang bercakap tentang kebaikannya. Soal propolis, madu dan banyak lagi. Tetapi, lebah jugak boleh bawak kesengsaraan. Macam mana? Dengan sengatannya yang berbisa. Ha, yang ramai orang x tahu, selepas lebah ni menyengat, ia akan segera mati. Kenapa? Sebab organ badannya juga tertarik keluar masa bersama sengatnya itu.


Wah3... Hebat sungguh bercakap soal lebah nih. Apa kaitannya dengan Tatkala Hati Terusik, Tinta Mula Berbicara? Ada kaitannya. Sebab Mirul kene sengat lebah. Kat mana? Hak3. Tak boleh bagitau. Malu. Ha, meh sini nak bagitau kisahnya macam mana Mirul boleh disuntik lebah nih.


Pagi tadi, masa tu pukul 8. Lepas melawat bursa saham untuk buat sedikit pelaburan, Mirul pon sambungla kerja depan laptop. Yela, kene siapkan projek grafik sebelum Jumaat ni. Sebab semalam dah sehari suntuk atas nagku je, Mirul pon duduk rr atas tilam. tengah berserook di atas tilam, tiba-tiba terasa sesuatu yang pelik kat badan Mirul. Berbekalkan ilmu persilatan 5 tahun, Mirul segera menepis serangan pelik tuh. bila Mirul berjaya menepis serangan tu, capat-cepat Mirul tengok apa yang menyerang Mirul. Ya Allah, rupa-rupanya binatang yang diberikan surah dalam Al-quran. An-naml. Lebah. Ish, kasihan betul lebah tersebut. terputus dua. Lepas tu Mirul tengok atas katil balik. La... ada lagi seekor rupanya. Cit, Mirul tangkap kedua-duanya. Ooo, ada hati nak serang aku ek. Ha, kan dah kalah. Mirul pon hantar la lebah-lebah tu ke dapur. Bukan nak masak la, masuk dalam tong sampah. lepas tu Mirul bagi tau kat mummy. Mummy pon cakap, "ha, nanti pegi klinik". Mirul cakap, "ala, lebah je pon. Nanti2 la". Pastu Mirul sambung la keje balik.


Dalam setengah lepas tu, Mirul terasa gatal2 kat tengkuk. Ish, sape pulak la buat luv bite ni. Takde la pulak. Sebab dah gatal sangat, Mirul cepat-cepat mandi. Pas mandi, alamak makin terul la. Ha, cepat-cepat Mirul pegi klinik. Bawa kereta sendiri je. Bila orang yang daftarkan tu tanya kenapa, Mirul jawab gatal-gatal. Silap la pulak, patutnya kene cakap kene suntikan lebah. Sebab lama lagi nak tunggu dan badan pon makin gatal, Mirul pergi kedai cina beli 100plus botol besar. Kemudian terus balik rumah. Rehat-rehat kejap. Ish, tak boleh jadi ni. Rumah panas la pula. Mirul ajak adik Mirul pegi klinik tunggu nombor Mirul dipanggil. Mirul duduk dalam kereta je. sejuk sikit aircond kan. Ha, time nih memang dah sedar Mirul makin gemuk dengan bengkak-bengkak gatal. Habis kurang cute nih. Nasib baik la lepas tu adik Mirul bagitau nombor Mirul dah dekat. Mirul terus keluar tunggu kene panggil dengan HA. Bila dia tanya, Mirul jawab kene sengat lebah. Terus dia bawak g cek nadi, tekanan darah semua tu. Rupa-rupanya dia nak cucuk. Huh. 2 jarum kena. Habis je kene suntik, terus rasa nak muntah. Mirul lupa yang Mirul x leh kene sengat. Lepas kene cucuk mesti terus muntah.


Ha, masa muntah nih memang terus lembik. Sampai nurse suruh sambung muntah atas katil je. Kang tumbang pulak susah kan. Bila periksa semua balik, mereka decide nak masuk air pulak. Alamak, kene cucuk lagi. Mirul bagi tau nurse tu suruh bagitau adik Mirul kat luar. Kesian mereka tunggu Mirul lama-lama. Adik Mirul telefon abah dan kemudian abah pon datang. Masa tu semua orang salahkan Mirul tak bagitau yang kene sengat masa daftar tadi. Ye la, mana Mirul nak ingat yang Mirul alergi kene sengat. Lepas abah hantar adik-adik balik, abah datang klinik semula. La, ingatkan abah nak sambung buat konkrit beam rumah. Abah tunggu kat luar je. Kadang-kadang dia masuk. Tu yang senang jadi cikgu. All access. Semua orang kenal. Habis je dekat sebotol air, dah selesai. Nasib baik la. Lepas tu memang larat nak bawa kereta. Abah tinggal je motor dia kat klinik tu. Dia yang bawa kereta.


Balik rumah je terus makan. Lapar. Tapi tak best. Tak boleh masuk tekak. Pergi rumah opah pula. Ye la, rumah opah ada gulai masam. Macam sedap je. Mintak opah buatkan milo panas secawan, Mirul makan nasik dengan kuah gulai masam tu. Baru la boleh masuk. Lepas makan terus balik. Sembahyang dan tidur. Bangun-bangun main badminton dulu. Sekarang ni rasa lemah-lemah badan lagi. Lenguh. Tapi biasa la kan. Bukan kah setiap kesakitan yang Allah berikan menunjukkan dia sayangkan lagi kita. Bertuah rasanya disayangi Allah lagi. Walaupun semakin jauh dariNya, Dia tetap dekatkan diri kita dengannya. Memang sifat Allah begiru. Maha Pengasih dan Maha Pengampun.


Nasihatnya, biala kita sakit carilah penawarnya. Jangan mengada-ngada nak jadi doktor sendiri. Kalau tak susah. Tapi, kalau sakit rohani, kene ubat sendiri ye. Kalau tak memang x sembuh la.






Thursday, 17 December 2009

Pertahankan SIS & SERATA


Bekas Pelajar bantah serah SIS dan SERATA kepada pusat

Nazri Abdullah  
IPOH, 17 Dis: Bekas-bekas pelajar Sekolah Izzudin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) Perak, membantah dan menuntut penjelasan dari tiga pihak bertanggungjawab berhubung hasrat menyerahkan kedua dua sekolah agama kelolaan kerajaan negeri tersebut kepada pusat.

Ketiga-tiga pihak tersebut adalah kerajaan negeri Perak, Jabatan Agama Islam negeri dan Persatuan Alumni pelajar sekolah terbabit.

Pengerusi Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (TAHAN), Yuzi Faizal memberitahu pihak mereka akan mengadakan satu sidang akhbar berhubung perkara itu dihadapan pintu masuk utama SIS Jumaat ini.

"Kita nak mintak penjelasan dari ketiga-tiga pihak ini supaya kita dapat tahu kewajaran kedua-duanya perlu diserahkan kepada kerajaan pusat," katanya ketika dihubungi.

Yuzi juga memberitahu desakan yang dibuat badan bertindak ini bukan dipengaruhi mana-mana parti politik tetapi atas rasa tanggungjawab dan keperihatinan bekas-bekas pejar sekolah terbabit sendiri.

Mereka bimbang pertukaran tersebut akan menggadai kecemerlangan pelajar-pelajar aliran agama khususnya pemansuhan subjek teras sekolah tersebut.

Apatah lagi kedua-dua sekolah tersebut juga jelasnya telah banyak melahirkan tokoh-tokoh dan pemimpin negara seperti Menteri Pertahanan Malaysia sekarang ini Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

"Berdasarkan maklumat, jika kerajaan pusat ambil alih, kemungkinan subjek I'dadi dan Sanawi akan dimansuhkan.

"Ianya akan memberi kesan kepada para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang agama seperti di Al-Azahar dan lain-lain universiti," katanya lagi.

Kedua-dua sekolah tersebut adalah di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak namun akan diserahkan kepada kerajaan pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) kerana didakwa berdepan masalah kewangan.

Sehubungan itu, TAHAN juga sedang merancang menyediakan satu memorandum untuk dihantar kepada pihak Istana negeri perak jika tiada sebarang maklum balas dari ketiga-tiga pihak terbabit.

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) turut mendesak Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri campur tangan menyelamatkan SIS dan SERATA agar kekal dibawah kelolaan JAIPk.




Kat atas ni adalah petikan daripada HarakahDaily.Net. Masalah2. Malas nak mengulas panjang-panjang pasal ni. Tapi tu la. Alkisahnya, tahun 2002 pernah disuarakan SIS nak dijadikan sebagai Kolej Islam Izzuddin Shah. 90% perangkaannya juga sudah siap. Tapi, sehingga 2009, masih lagi bergelar Sekolah Izzuddin Shah. Kolej? Lupakan saja. Tetapi, mungkin akan bergelar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Izzuddin Shah (SABKIS). Buruk? Nilaikan sendiri. Inilah nasib anak emas Kerajaan Negeri Perak. Pernah beberapa kali SIS nak dipindah dari tanah Ipoh. Khabarnya kerana tapak SIS sangat bernilai. Maka, dirancangkan tapak baru di Kampung Gajah. Tetapi tentangan hebat daripada PBSISTA yang pada ketika itu kalau Mirul tak silap dipimpin Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Alhamdulillah, berjaya kekal di Ipoh. Kemudian, ketika di akhir pentadbiran Kerajaan BN, sekali lagi timbul ura-ura hendak menjadi SABK. Namun, kes ini senyap seketika apabila Dato' Seri Ir. Nizar menjadi Menteri Besar. Sejuk hati masa tu. Tapi, mungkin kerana daerah Larut dalam Negeri Perak, timbullah pula cerita Katak oh Katak. Sekarang, SIS mungkin akan menjadi SABK.

Implikasinya juga sudah diterangkan. Saudara Yuzi juga menubuhkan TAHAN. Bagaimana kita barisan bekas pelajar yang lain? Melawan? Saya katakan ya kerana sayangkan SIS dan SERATA.  Saya katakan ya kerana masih lagi nak merasa biah mithaliah bilamana saya menjejakkan kaki ke SIS. Saya katakan ya kerana saya inginkan teguran manis guru-guru bilamana saya melawat SIS. Tetapi bagaimana untuk melawan? Bagaimana untuk menyatakan bahawa kita tidak bersetuju? Berdemonstrasi? Bukan itu caranya. 5 tahun kita dibajai dengan siraman iman, ilmu dan amal. Apakah kita tidak tahu bagaimana untuk meminta kepadaNya? Justeru tunggu apa lagi? Mula bertindak! Ingatlah, kenangan bersama SIS terlalu besar nilainya.









ILA GHAYATIL QASWA