Thursday, 17 December 2009

Pertahankan SIS & SERATA


Bekas Pelajar bantah serah SIS dan SERATA kepada pusat

Nazri Abdullah  
IPOH, 17 Dis: Bekas-bekas pelajar Sekolah Izzudin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) Perak, membantah dan menuntut penjelasan dari tiga pihak bertanggungjawab berhubung hasrat menyerahkan kedua dua sekolah agama kelolaan kerajaan negeri tersebut kepada pusat.

Ketiga-tiga pihak tersebut adalah kerajaan negeri Perak, Jabatan Agama Islam negeri dan Persatuan Alumni pelajar sekolah terbabit.

Pengerusi Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (TAHAN), Yuzi Faizal memberitahu pihak mereka akan mengadakan satu sidang akhbar berhubung perkara itu dihadapan pintu masuk utama SIS Jumaat ini.

"Kita nak mintak penjelasan dari ketiga-tiga pihak ini supaya kita dapat tahu kewajaran kedua-duanya perlu diserahkan kepada kerajaan pusat," katanya ketika dihubungi.

Yuzi juga memberitahu desakan yang dibuat badan bertindak ini bukan dipengaruhi mana-mana parti politik tetapi atas rasa tanggungjawab dan keperihatinan bekas-bekas pejar sekolah terbabit sendiri.

Mereka bimbang pertukaran tersebut akan menggadai kecemerlangan pelajar-pelajar aliran agama khususnya pemansuhan subjek teras sekolah tersebut.

Apatah lagi kedua-dua sekolah tersebut juga jelasnya telah banyak melahirkan tokoh-tokoh dan pemimpin negara seperti Menteri Pertahanan Malaysia sekarang ini Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

"Berdasarkan maklumat, jika kerajaan pusat ambil alih, kemungkinan subjek I'dadi dan Sanawi akan dimansuhkan.

"Ianya akan memberi kesan kepada para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang agama seperti di Al-Azahar dan lain-lain universiti," katanya lagi.

Kedua-dua sekolah tersebut adalah di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak namun akan diserahkan kepada kerajaan pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) kerana didakwa berdepan masalah kewangan.

Sehubungan itu, TAHAN juga sedang merancang menyediakan satu memorandum untuk dihantar kepada pihak Istana negeri perak jika tiada sebarang maklum balas dari ketiga-tiga pihak terbabit.

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) turut mendesak Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri campur tangan menyelamatkan SIS dan SERATA agar kekal dibawah kelolaan JAIPk.




Kat atas ni adalah petikan daripada HarakahDaily.Net. Masalah2. Malas nak mengulas panjang-panjang pasal ni. Tapi tu la. Alkisahnya, tahun 2002 pernah disuarakan SIS nak dijadikan sebagai Kolej Islam Izzuddin Shah. 90% perangkaannya juga sudah siap. Tapi, sehingga 2009, masih lagi bergelar Sekolah Izzuddin Shah. Kolej? Lupakan saja. Tetapi, mungkin akan bergelar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Izzuddin Shah (SABKIS). Buruk? Nilaikan sendiri. Inilah nasib anak emas Kerajaan Negeri Perak. Pernah beberapa kali SIS nak dipindah dari tanah Ipoh. Khabarnya kerana tapak SIS sangat bernilai. Maka, dirancangkan tapak baru di Kampung Gajah. Tetapi tentangan hebat daripada PBSISTA yang pada ketika itu kalau Mirul tak silap dipimpin Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Alhamdulillah, berjaya kekal di Ipoh. Kemudian, ketika di akhir pentadbiran Kerajaan BN, sekali lagi timbul ura-ura hendak menjadi SABK. Namun, kes ini senyap seketika apabila Dato' Seri Ir. Nizar menjadi Menteri Besar. Sejuk hati masa tu. Tapi, mungkin kerana daerah Larut dalam Negeri Perak, timbullah pula cerita Katak oh Katak. Sekarang, SIS mungkin akan menjadi SABK.

Implikasinya juga sudah diterangkan. Saudara Yuzi juga menubuhkan TAHAN. Bagaimana kita barisan bekas pelajar yang lain? Melawan? Saya katakan ya kerana sayangkan SIS dan SERATA.  Saya katakan ya kerana masih lagi nak merasa biah mithaliah bilamana saya menjejakkan kaki ke SIS. Saya katakan ya kerana saya inginkan teguran manis guru-guru bilamana saya melawat SIS. Tetapi bagaimana untuk melawan? Bagaimana untuk menyatakan bahawa kita tidak bersetuju? Berdemonstrasi? Bukan itu caranya. 5 tahun kita dibajai dengan siraman iman, ilmu dan amal. Apakah kita tidak tahu bagaimana untuk meminta kepadaNya? Justeru tunggu apa lagi? Mula bertindak! Ingatlah, kenangan bersama SIS terlalu besar nilainya.









ILA GHAYATIL QASWA



2 comments:

adit said...

saba la ye....

emmm...

amirul mukmin said...

sabar x saba la jugak.... banyak kali dah deme nak ngambik nih