Wednesday, 7 October 2009

Serabut!


Huh… serabut. Serabut sangat. Sebab pe serabut? Mest banyak masalah kan? Hurm… masalah x banyak. Serabut nih sebab piker masalah yang sama banyak kali. Dah tu. X yah la pikir. Mane boleh. Kalo boleh dah lame dah x pikir. Yela.. ape masalah nyer. Cube bagitau. Ala… x kan sume bende nak bagitau plak. Susah rr macam nih.

Ha.. ape yang selalu kiter buat kalo serabut ek. Hurm… kalo aku, selalunyer aku akan drive. Ni kalo kat rumah rr. Aku akan drive ke mana-mana tanpa hala tujuan. Sambil drive tuh bersembang rr sorang-sorang. Cara nih melegakan seketika walaupun berbahaya. Ye la… tengah melayan serabut, konfem x fokus drive kan. Ha.. ape lak kalo time tuh kat U? ha.. ride rr.. bawak moto… sembang sorang2.. bunyik macam kelakar. Tapi mmg puas. Cume yang x bestnyer.. makin itam rr kulit… tengah merembang bawak moto.. dah macam taik cicak dah badan nih. Berbelang-belang.

Ape lagi yang menarik nak dibuat bile serabut nih. Blogging la.. kan Tatkala hati terusik, tinta mula berbicara. Kat sebab tuh ader blog kan. Tapi.. yang paling berkesan adalah bace quran.. btol. Time serabut2, kalo bace quran mmg akan tenang. Paling tidak pown tenang kejap rr…

Tapi bahaya serabut nih. Akulah. Kalo serabut mest x perform buat keje. Natijahnyer, result kerja x memuaskan. Tu pasal rr aku x suker serabut2 nih. Tapi nak buat mcm mane. Aku suker berfikir. Hihi.. berfikir bende2 yang x penting. Ha… teringat seseorang pernah berkata. Buat aper nak fikir. Biar jer la. Jalankan hidup macam biasa. Btol jugak kate beliau. Tapi panas jer dengar. Kau x rase, boleh rr cakap kan.

Moral of the story is, biar aper pown yang berlaku. Kite kene tabah. Sebab, setiap yang berlaku ader hikmahnyer. Jadi, cube fikir positif setiap kali serabut. Ha… jangan lupe. Senyum. Tu terapi yang baik. Sebab bile senyum, kita aka nada cikit motivasi diri. Macam lagu tu;

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Hepi always k…

Thursday, 1 October 2009

Pergimu Tiada Pengganti


Kullu nafsin zaiqatul maut – setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Begitu manusia. Stiap manusia akan merasai mati. Bagaimana, bila dan di mana kematian berlaku hanya Allah yang Maha Mengetahui. Lumrah kehidupan ini tidak dapat tidak akan dilalui oleh setiap manusia biar sekuat mana dirinya mahupun seusaha mana dirinya mengelak dari kematian. Kita lihat sejarah telah membuktikan. Kekuatan dan usaha  Raja Namrud di zaman Nabi Ibarahim AS dari serangan diberikan Allah ditamatkan dengan mudah oleh seekor nyamuk yang menjadi sebab kepada kematiannya.

Apakah hikmah kematian kepada mereka yang masih hidup? Allah berfirman : “iza asobatkum musibah; qalu innalillahi wainna ilairaji’un” – apabila kamu ditimpa musibah / perkara yang buruk; katakanlah ‘innalillahiwainna ilairaji’un’. Ayat ini menjadi amalan kita apabila berlaku kematian. Tetapi, ayat ini juga digunakan untuk apa sahaja musibah yang menimpa. Dengan kematian seseorang, Allah mengingatkan sesungguhnya kematian kita juga akan tiba. Justeru, kita perlu bersedia. “addunia mazra’atul akhirah” – dunia itu ladang kepada akhirat. Di dunia inilah kita harus berladang, memperbanyakkan usaha amalan agar hasil tuaian dapat dibawa ke akhirat untuk dipersembahkan kepadaNya. Menjadi bukti bahawa kita makhluk yang bersyukur. Dengan nikmat iman & Islam yang diberikan, kita membalasnya dengan amalan-amalan walaupun kita tahu amalan-amalan itu tidak memadai dengan nikmat iman & Islam yang diberikan Allah.

Kita baru sahaja melepasi Ramadhan, masa yang terbaik untuk berladang. Dan kini kita menempuh waktu kejayaan yakni  Syawal. Belum tentu kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Belum tentu juga kita akan bertemu dengan musim berladang yang terbaik lagi. Lihat sahaja Ops Sikap baru-baru ini mencatatkan 261 kematian. Khuatir diri ini tidak lagi bertemu Ramadhan. Apatah lagi bila mengenangkan amalan yang tersangat sedikit di bulan Ramadhan. Pada raya ke-6 (26 September 2009), saya dikejutkan dengan catatan sahabat di sekolah dahulu. Catatan yang mudah, memberi kesan yang mengejutkan.  “bye-bye late Zakwan’. Pada mulanya, saya menyangka hanyalah satu canda antara sahabat. Namun, pada jam 8.00 malam, satu SMS diterima daripada sahabat baik di Sekolah Izzuddin Shah; “Salam.. sedekah al-fatihah pd kawan kite.. Zakwan yg kmbli ke rahmatullah pagi tadi”. Sangkaan canda tadi rupanya meleset. Apatah lagi keesokannya menerima link Utusan Malaysia Online yang menceritakan perihal yang sama.


Akibat memandu ketika mengantuk

KUALA KUBU BHARU 26 Sept. - Seorang pemuda maut manakala teman wanitanya, parah apabila kereta Proton Wira mereka terperosok di bawah treler membawa muatan udang di Kilometer 39.3 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kuala Kubu Bharu menghala ke utara, di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Zakwan Zainon Kamar, 20, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka dan dada manakala Risnah Maulat Abdul Ghani, 19, menerima rawatan di Hospital Slim River.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dalam keadaan mengantuk ketika memandu menyebabkan keretanya itu tiba-tiba memasuki laluan lain.
Beliau memberitahu, berikutan itu, kenderaan mangsa melanggar sebuah treler di laluan sebelah lalu terperosok di bawah kenderaan tersebut dan diseret sejauh kira-kira 150 meter.
"Pemandu treler itu pula terpaksa mengheret kereta mangsa kerana dikhuatiri akan dirempuh kenderaan-kenderaan lain sekiranya berhenti mengejut," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Che Hussin berkata, pasukan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta remuk tersebut.
Kedua-dua mangsa, kata beliau, dipercayai baru pulang berhari raya kerana baju kurung dan baju Melayu masih tersimpan dalam kenderaan mereka.
Mayat mangsa yang berasal dari Ipoh itu di hantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat, Ibu Pejabat Trafik Hulu Selangor (Kuala Kubu Bharu), Cif Inspektor Mas Zaliza Ibrahim di talian 03-60641222.


Terkesima sebantar apabila membaca berita ini. Manakan tidak, sahabat seperjuangan di SIS kini telah tiada. Apatah lagi allahyarham merupakan teman sekatil (katil double decker ye..) dan teman sekelas ketika di SIS. Terlalu banyak kenangan bersama biarpun kami bukanlah sahabat yang akrab. Terkenang bila mana disebut nama Zakwan, pasti teringat akan Hazrikh & Farizal. Bagai satu kejutan apabila melihat mereka duduk di barisan hadapan di dalam kelas; yang mana semestinya tempat tersebut biasanya diisi oleh pelajar-pelajar skema.  Allahyarhan sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum hinggakan banyak mewakili negeri dalam pelbagai acara sukan. Gaya selambanya kekal dalam ingatan. Teringat tentang adik angkatnya di sekolah. Bagaimana sahabat-sahabat yang lain turut membantu dalam masa yang sama mempersoalkan pilihannya (jangan gelak… bese rr sekolah menengah kan). Terkilan di hati apabila teringatkan saya tidak lagi berjumpa beliau sejak menamatkan persekolahan lalu. Masakan tidak. Hasrat di hati mungkin akan bertemu apabila masing-masing telah mencipta nama dalam karier yang diimpikan. Namun, ianya terkubur. Berakhir hanya dipertengahan pengajian. Belum sempat menjenguk alam pekerjaan.

Namun, pasti tekanan lebih berat kepada keluarga Allahyarham. Apatah lagi Allahyarham merupakan anak sulung dalam keluarga. Ayahnya juga sudar lama memasuki usia emas. Perjuangan untuk keluarga belum selesai. Pasti adik-adiknya juga menghadapi dugaan yang sangat berat. Pada mana meraikan kemengan Syawal, datang pula berita pemergian abang tercinta. Bukannya sesuatu yang dijangka bahkan sangat mengejutkan.

Al-fatihah untuk Allahyarham Mohd Zakwan bin Zainon Kamar

Wednesday, 23 September 2009

BBQ di kala raya

Bismillahirrahmanirrhim....

ni cerita kelmarin. tapi sengaja aku update arini. bkn sebab aku malas nak update. cuma tak rajin jer. tapi tu bukan masalah yang besar. ape yang penting, kerjasama. eh... ha... pasal BBQ nih. panjang ceritanya. mase balik umah aritu, aku dah mintak mak ng abah aku buat BBQ. ha.. aku nih selagi x dapat ape aku nak, mmg aku mintak jer. so, aku pon tiap2 hari la mintak. sehinggalah pada suatu hari, mase tu raye kedua. mase tu, aku br bgn tdo. terkejut kambing gurun rasenyer. sebab per? abah aku beli 2 ekor ayam daging ng udang. dy suh aku BBQ. sebenarnyer aku mintak nak sembelih ayam kampung dy. tapi mak cakap abah x ternak ayam tuh. haiwan peliharaan abah adalah AYAM. diulangi AYAM!

Ha. tapi pada hari tu gak Ngah Li (pakcik aku laa) buat kambing panggang. macam mane dy panggang? dy amik dapur lama opah, dy masuk arang dalam dapur tuh. panggang dalam dapur jer. mmg penderaan dapur jer. Aku ingat nak tumpang sekaki dalam penderaan tuh. tapi kambing tuh lambat sangat masak. aku apa lagi. berbekalkan duit baki beli barang ng sikit duit pow dari mak, aku start enjin kete beli arang ng jaring memanggang. Ha, mcm pelik jer duduk kampung x naik moto. padahal kedai dekat jer. untuk pengetahuan, aku mmg x suke naik moto. apetah lagi aku semakin rajin eksiden akhir2 nih. takpe. balik citer BBQ. terbang rr RM 11.50 beli arang ng jaring tuh.

Mase kat umah. tgk2 abah dah siapkn tempat BBQ. sebenarnyer rumah aku tgh modified. tapi x siap2 lagi sebab abah yang modified sendiri. Korang jangan x percaya. Abah aku wpun cekgu tapi bab2 mcm nih sume dy tau. cume x rajin jer. Aku pown sampai2 jer terus keluarkan arang ng jaring tadi. mak pulak datang tunjuk terer. dah aku susun2 arang, mak terus nak hidupkan arang. abah lak amik kipas meja tuh buat kipas. yela.. stail orang malas. tapi senang. maka, bile dah hidupjer arang tu hensem2, aku amik ayam ng udang dah siap diperam. hotdog sekali. lame gak r. pkol 3 baru siap. hurm... tak per.. puas gak. ye la. dah lame x berBBQ ni. Mase kat kem dulu aku x feel berBBQ sebab tgh emo. bese rr aku.. suke emo.



sebenarnyer gamba nih aku teringat nak amik. sebab nak masuk dalam blog. ape lagi. cepat2 aku suruh uda amik gamba ku... ader lagik... yang nih 2nd round utk ayam. udang ng hotdog sumer dah setel.






panas tuh... pakai baju baru lak

Mmg penat aku berBBQ nih. tapi puas. dapat bagi orang len rase keenakan BBQ aku sendiri. Korang nak rase??? len kali laaa




Sunday, 20 September 2009

Rayer 20092009

Salam Aidilfitri,

Baik la pulak opening aku nih. Xder, mase aku bukak fb tadi nampak Nik Nadiah tulis 20092009. Ape makne nih. Ni maknenyer raye kiter pada 20.09.2009. Ha, bukan ke menarik tuh. Tapi bukan tu yang aku nak sembangkan. Aku nak cerita pasal raya kitorang sefamily.

Tapi sebelum tuh. Ape bende Aidilfitri nih. Kiter main rayer jer. Yang puasa penuh tuh molek lagi la enjoy sakan. Yang x puasa penuh pon nak tumpang sekaki gak. Yang x puasa jangan cakap rr. Aidilfitri ni hari kita meraikan kemenangan. Kite dah berjaya menghadapi dugaan berpuasa. Bukan senang nak berpuasa nih. Puasa nih agak mencabar. Puasa yang sebenar2 nyer lah. Tahan lapar, nafsu, segala benda kiter berpuasa. Tapi bile rayer kite main bedal jer nak buat ape yang kiter suke. Maknenyer puasa kita x der kualiti. Biler dah raya, kiter cube kekalkan akhlak kiter mase puasa dulu. Ha, puasa enam nih. Aku pon nak buat gak puasa enam nih. Pahala dy besar. Macam kiter puasa sepanjang tahun. Ala... bukan susah pown. Lagi2 kiter baru jer abes puasa Ramadhan. Jadik, marilah kiter beramai2 berpuasa enam yer.

Mule dengan persiapan raya dulu. Aku dah lama x ke dapu nih. Ntah ape buang tebiat aku, aku pown teringin ke dapur arinih. Dari umah opah aku tlg blender ng potong bawang, aku pergi la ke rumah aku tolong sume2 utk siapkan rendang daging. X percaya aku leh siapkan rendang daging. Ng mak aku tolong rrr... Sebab aku dah malas nak tunggu daging tu lembut. Abes siap2 jer tumis sume2 bawang, jintan, cabai, lada putih sumer, aku lepak depan, masuk santan mak aku yang buat. Mals lak nak tolong. Lambat sangat nak masuk santan. Tapi semalamnyer aku kaco dodol. Ha... balik2 dari Teluk Intan uruskan bende2, aku pown g la kaco dodol. Memula x susah. Bile dah nak masak. Mmg merampuih gler. Abah pown dah give up. Tapi dodol tuh sedap ek.. Mak pown tanpa rase malu claim dy yang buat dodol... (sekadar mencampurkan bahan je la)... Tapi raye kali nih mmg aku agak agresif jugak laaa... Ntak kenapa aku pown x tau.

Rayer kali ni family kitorang dapat gak beraya. Last raye dulu xdapat. abes 1 family tumbang. Aku yang abang nih pown tumbang gak (raye kedua jer). Betapa cyan kat daddy kitorang menjaga 9 orang yang demam. Raya pertama yang ok just aku, yong ng kakak jer. Campur Abah sekali. Banyak aktiviti raya x bejalan lancar. Sebabnyer kitorang kejutkan 'tuan rumah' kosong depan umah kitorang. Si uda ni pegi pasang meriam tanah menghala ke rumah lama tuh. Bile aku nyer turn letupkan meriam, bunyik dy super kaw2. Mest rr marah 'tuan rumah' tuh. dy baru jer lepas kene ikat, dah ada orang fire umah dy.

Jadik, arini pagi2 lagi aku dah kecoh2. Aku nih kat umah mmg kecoh. Abes semayang rayer, aku dah pegi kecoh kat umah aku ng umah opah utk amik gambar. Terkejut monyet aku abah pon excited nak posing2 nih.  Aku pown g la amik camera ng nak amik gamba. Entry kali nih mmg panjang gler rr... nak letak macam2 gamba family kitorang amik. Mase nak amik gamba family aku jer, aku panggil Abang suh amikkan gamba kitorang. Siot punyer Abang, ader ker mintak payment utk setiap shot. Kang aku mintak duet minyak jalan2 mlm nih baru dy tau. Kui3...



candid before amik btol2





Rayer tahun ni... ramai kan... 10 orang jer adik beradik

Ni je la gamba yang sempat amik kat umah kitorang. Pastu semua bergegas pulang ke kampung yang hanya 10 langkah dari umah kitorang. Ha, sampai2 jer... macam bese, aku ni mmg kecoh lagi heboh terus membuat pengumuman utk mengambik gamba. memula kitorang amik gamba salam2 dengan opah. Ha... aku nih wpun jarang2 balik tapi mmg rajin gler usik opah aku. Kalo kene latah dy tuh dah lali sangat. Jadik kene la mintak maap kan. Mintak mmap ngan mintak duet tau. Dapat duet, amik gamba ng family lagi sekali. Nak share gak ng korang nih gamba2 cucu opah yang beramai2 nih.




dah banyak mengusik kene mintak duet raya... silap.. mintak maaf

Ha.. sebelum tuh. Dalam family opah nih. Yang besar2 nih mmg wat group. Yong, Angah (aku), Along ng Abang. Kitorang nih sejak kecik mmg selalu sekali. Jadinyer bile besar piwn sekali gak. Kitorang nih ala2 boss kpd bebudak nih. Aku rr paling besar kepala sekali. Yela, abang sepupu sulung.  Takpe2... abaikan jer tuh. Amik gamba rr kitorang sekalian, tapi x sume yang ader. Just adik beradik aku, abang ng Izzuan jer. Saper Izzuan nih? ha, dy nih anak Uda Koa aka Makcik kitorang tahap mafia. Mmg garang makcik kitorang nih. Mase kecik2 dulu kalo kene marah ng dy ni mmg kecut perut. Sekarang dah besar rilek rr cket. Pandai melawan plak tuh. Bese rrr... nak idup kan... Izzuan nih anak sulung Uda Koa. Tuh jer citer pasal Izzuan nih.




ni la separuh drpd cucu2 opah


Banyak lagi nak cerita tentang raya nih. Nanti la dalam post yang lain yer..

Monday, 14 September 2009

Test & Result II

ha... arini dapat result test. nama aku kene sebut memula lak tuh. mmg dah agak dah fail. jadik aku g rr amik paper aku. memule tgk dr jauh... konpem fail. aku amik n terus rr duduk. pastu kengkawan taye... aku jawab rr fail. pastu.. bile sume orang dapat result dyorang... aku pelik. pehal lak orang yang lagi rendah markah dari aku dapat percentage lagi tinggi?? ha,... baru aku tengok balik kat paper aku... laaa lulus rupe nyer... berape tu x nak bgtau la... tapi cukup rrr aku cakap mmg aku x cayer. ye la... sume bende tonggang terbalik aku wat... haa... moral of the story adelah...
kite nih merancang, Allah juga merancang. perancangan Allah adalah perancangan terbaik
Macam aku... dah study, tersilap buat, tapi Allah masih bagi peluang utk x fail. Bersyukur la kan. tapi actually, soklan tuh... sape yag x tonggang terbalik allowance dy mmg akan gempak markah dyorang... esok aku ader quiz tax. maka.. time nih aku nak balas dendam ng kesilapan aku arituh. ingat.. peluang hanya sekali.

Kem 1 Malaysia

Masih penat lagi... yela, program x tdo malam. Just tdo pagi jer. Sebenarnyer, peserta kem mmg x dibenarkan nak bercerita ttg program nih. Tapi xpe la... Aku citer gak... mane yang boleh utk x dirahsiakan.

Memula kitorang bertolak g kem (yang dirahsiakan) pkol 6. patutnyer janji 4.30. biasala... janji Melayu kan.. tapi x pe... yg x bestnyer kitorang terpakse bkk pose dlm bus... alaaaaa boringnyer. tapi xpe... pemimpin yag baik adalah pemimpin yang mendengar arahan (boring dah dengan ayat nih). saba je la... pas terawih sume... ader program... banyak nak cerita... tapi dihalang. tapi aku jumpe blk la member2 mase 1M2 dulu. Zie, Wida, Afiq, Wan, Alya dan ramai lagi yang aku ingat x ingat jer. tapi program 2 hari 3 malam ni mmg sangat mencabar bagi sebahagian orang. Ye la.. bukan sume orang biasa pegi kem mase bulan pose... (nasib bek aku x bukak pose)



yang ni dengan member 1malaysia 2.
kumpulan TEPUNG GOMAK

Tapi sebenarnyer aku x enjoy ng program nih. Bkn sebab program tu x bagus. Tapi ntah nape lak aku tetibe lak moody pas sampai kem. Ni rr perangai x sopan aku. Kalo mood aku x hensem time tu, dengan selambenyer aku wat tak tau jer ng ape yang orang lain wat (except bende2 yang wat aku moody rr). Eh jap2... ni bkn main ek... bese rr kan.. setiap orang ader perangai memasing.

Walaupon moody time program tu, aku tetap thanx banyak2 kat sume fasi yang rajin wat keje. Ha.. bdk2 akaun mest kenal Zira. Ala... MPP akaun yang plg cun tuh... cyan gle kat dy... Sorry Zira.. bkn nak menyebok... tapi dy jage makanan dengan baik sangat. cume aku jer tak mkn mknn bkk pose tuh. Abes terkeluar balik... Pastu bile program malam... aku kelaparan lalu tertido mase program...

Tak leh citer lebey.. nanti terbocor rahsia lak... nak tgk gamba? ha... nnt rr aku kne tgu gamba dari orang yang ader gamba....

Tuesday, 8 September 2009

Roadblock & lesen

hurm.. ader satu citer... nak bace tak? ha... menarik nih.. tapi pada aku la... takpe... aku syer gak ng korang
Citer dy mcm nih. Aku ng Meor (mamat ni suke tdo umah aku) g la makan kat fastfood pas kitorang study. Ala... orang nak belanja, aku pegi la. Kitorang makan kat McD. Tu pon coz Burger King penuh gler. Dalam pkol 2 kitorang pown balik. Sajer la aku bg Meor bawak moto, aku pown dah ngantok nak bawak moto. Masalahnyer, Meor nih xder lesen. So, tgh round2 pkol 2.30 pagi tuh, Meor tersalah jalan nak g Klang. Bila dy masuk jer kat jalan nak g i-City tu, pergh... ROADBLOCK!!! Cuak gler aku rase. Terus aku suruh Meor berhenti. Ceh.. buat2 bukak box aper sume.. terus rr tukar tempat. Aku yang bawak moto tu. Yela... sbb aku yg ader lesen. Pastu, dengan penuh konfiden, aku bawak la moto tu pelan2... g kat roadblock tu. Kat bawah ni r dialog kitorang;
Polis : Sape yang bawak moto tadi
Aku : Saya la cik
Polis : Cakap btol2.. sape yang bawak moto tadi
Meor : Dy la cik
(Nasib bek kitorang same2 pakai baju hitam so, tak bape nampak la)
Polis : Abes tu nape berenti tadi?
Aku : Owh, carik lesen moto, takut gak kalo xder lesen
(sambil gelabah ng pucat)
Aku : Encik nak tengok lesen sy
(pegang wallet terketar2 nih sampai wallet jatuh sambil bagi lesen)
Polis 2 : Sape yang bawak moto?
Meor : dy la cik....






lebey kurang mcm ni rr keadaanyer
(gambar curik dari http://aycu06.webshots.com/ima)






Moto aku adalah moto yang last sekali kene check. Coz dyorang dah siap2 nak balik umah tdo. Pas abes tu, aku terus buat u-turn n balik umah. Takde mood nak jalan2 dah. Lepas tu mmg x bagi dah si Meor ni bawak moto aku. Pikir2 balik... cuaknyer... aku nyaris2 bgtau bende yang sebenar. Moral of the story adelah jangan bagi orang xder lesen bawak kenderaan korang. Ader lagi... menipu perlu untuk keselamatan moto korang n korang daripada disaman polis. Lastly, jangan menipu di malam Nuzul Quran.