Saturday, 21 August 2010

En. Compaq Yang Sakit

Ha, nak cerita sikit jer. Tak cerita banyak. Tengah sedih ni. Kenapa? Duit habis la.... Kenapa? Sebab En. Compaq sakit. Sebenarnya En. Compaq ni bukanlah awek yang Mirul sayang, tak macam Cik Toshiba yang dah dilarikan orang tu.


Sebenarnya, Mirul dapat en. Compaq ni selepas Cik Toshiba yang disayangi dah hilang. Ala... yang dilarikan orang tu. Ha, Mirul call mummy Mirul dan beliau bagi Mirul En Compaq nih. Sebenarnya, En Compaq nih dah banyak berjasa ng Mirul. Masa kat Matrik dulu yang Mirul bertanding untuk Minggu Inovasi Sastera Ikhtisas (MISI 2008), En Compaq ni la yang temankan Mirul buat video flash sampai tak tidur malam. En. Compaq ni jugak la yang tolong Mirul menang macam-macam pertandingan multimedia masa kat matrik dulu. 

Tapi, baru-baru ni En Compaq sakit, sebelum ni pun dia sakit juga. Tapi tidaklah teruk macam sekarang. Mirul pun atas sebab terhutang budi dengan En Compaq ni Mirul pun bawa la beliau ke klinik di PAS. Ha, tu pun selepas mummy bagi kebenaran untuk bawa En Compaq ni. 

Puas Mirul cari klinik-klinik yang boleh ubatkan En Compaq ni. Kebanyakannya 2 3 hari baru boleh keluar wad. Tapi, Mirul jumpa satu kedai Melayu yang boleh ubatkan En Compaq dalam 3 jam je. Sebab kedai Melayu dan dekat nak raya, Mirul pun tinggalkan kejap En Compaq kat klinik tu. Tapi susah hati juga. Bukan sebab apa, sebab nak bayar kos perubatan En Compaq yang tinggi. RM 380. Bukan RM3.80 ye. 


Bil rawatan En. Compaq



Apa sakitnya? Ala... LCD En Compaq ni kena kanser, jadi kena gantikan dengan LCD baru. Huhu... mana la nak cari duit untuk baju raya kan? Semuanya untuk ubatkan En Compaq ni. Tapi, tak kisah la sebab baru-baru ni Mirul baru je beli satu ebook yang explain strategi untuk mantapkan lagi cara Mirul buat bisnes di internet. Ebook Split Affiliate. Muran pula tu. RM 20 je. Sebenarnya, ebook kalau RM 20 ni memang jangan harap boleh dapat untuk cara-cara buat duit di internet. Paling-paling kurang pun RM 60. Sebab senior Mirul aka usahawan tshirt abang Fizi dan cadangkan ebook ni, Mirul pun beli la. Ha, paling-palng tidak pun tahu macam mana nak kumpul duit untuk raya ni kan?



Puasa? Ini la puasa yang menarik untuk Mirul. Mirul still dapat bukak puasa dengan orang yang sama untuk puasa yang pertama ni macam tahun lepas. Budak-budak SMF Mirul pun rajin ajak Mirul bukak puasa dengan mereka. Ha, baik diaorang ni. Tak boleh nak puji lebih-lebih. Nanti bangga pula mereka ni. Ok la, bagi yang berpuasa, jangan lupa terawih ya. 


Friday, 18 June 2010

Oh Sayang, Kau Pergi Jua

Hari ini saya bukannya nak kongsikan tentang satu kisah sedih yang melanda diri Mirul semalam. Apa dia? Mirul baru sahaja berpisah dengan kekasih hati Mirul. Ha, jangan tak percaya pula. Kisah perpisahan kami hanya dalam masa 15 minit sahaja. Nak tahu macam mana?

Begini, Mirul dengan kekasih Mirul telah bersama hampir satu setengah tahun. Tidaklah lama mana. Kami berjumpa pun di LowYat Plaza. Mirul jumpa dia, Mirul cakap padanya yang Mirul sukakannya dan kami terus bersama. Sejak dari itu, memang Mirul dengannya selalu bersama. Biasanya setiap kali habis kelas, memang Mirul akan berjumpa dengannya terus. Apatah lagi ketika musim cuti semester. Boleh dikatakan 24 jam Mirul dengannya. Mak ayah Mirul tak pernah marah bahkan mereka merestuinya.

Kekasih Mirul jugalah yang memperkenalkan saya dengan dunia IM ini. Ketika saya tengah melayari internet, Mirul terjumpa dengan IM. Sejak itu, Mirul dan kekasih Mirul ini sentiasa bekerjasama untuk maju dalam dunia IM. Kami saling memerlukan. Nak dikatakan kalau salah satu antara kami tiada, pasti kerja IM tak menjadi. Dengan kekasih Mirul ini, dapat jugalah saya meraasa jualan lebih 4 angka dalam masa yang sama Mirul sibuk dengan tanggungjawab saya sebagai Majlis Perwakilan Pelajar UiTM.

Macam mana kami boleh berpisah pula? Ceritanya begini, semalam ketika Mirul nak pergi sembahyang Jumaat saya tinggalkannya di rumah. Untuk lebih selamat, Mirul dah kunci pintu bilik dan pintu rumah. Kawan Mirul yang terakhir keluar rumah pada jam 1.45 petang dan kami balik sebelum jam 2. Apa yang berlaku? Rumah Mirul dipecah masuk! Mirul terus pergi ke bilik Mirul dan... mana kekasih Mirul? Tiada! Terkejut besar Mirul. Sudahlah sebelum itu Mirul dan kekasih Mirul sedang menyiapkan bonus untuk cabaran affiliate Kuasa Pemasaran Email dan juga Panduan Pemasaran Email. Di manakah kekasih Mirul pergi? Mirul pun tak tahu. Yang saya tahu, kekasih saya itu dah bersama dengan orang lain. Memang kecewa saya.

Sembang banyak macam ni, saya tak perkenalkan pun kepada anda kekasih Mirul kan? Baiklah, Mirul tunjukkan gambarnya. Kekasih Mirul ni hitam-hitam si tampuk manis.


Bagaimana jika anda kehilangan kekasih Mirul yang bernama Toshiba M200 Staellite ini? Sedih bukan? Sekarang, Mirul sedang cuba mendapatkan kembali data-data yang hilang dalam laptop ini. Kalau tidak, pengsan saya nak memulakan kembali hidup sebagai IM ini. Teringat pula kisah Team FlareBiz yang kehilangan laptop selepas pejabat mereka dipech masuk tempoh hari.

Rugi dekat RM 15,000 semalam. Sedih2..

Apa-apa pun, hidup perlu diteruskan jua! Yosh!



Friday, 14 May 2010

Kau yang Bernama Cinta


Semalam berakhir sudah cerita Adamaya. Tapi Mirul tak sempat tengok. Sebab apa? Sebab tertidur. Ntah la. Semenjak dua tiga menjak nih Mirul rase tak boleh bangun walaupun dah set alarm. Memang setan besar dalam diri. Hati pon dah makin kotor. Ha, patah balik kat cerita Adamaya ni.

Aduhai, Mirul memang jarang tengok tv. Maklum rr. Suke tido petang. Tapi pada suatu hari, Mirul terasa macam nak tengok tv ng kengkawan. Mirul pon tengok la. Nama cerita tu Adamaya. Memula menyampah gak tengok citer Adamaya tu. Ye la. Walaupun Maya ni dah kahwin, tapi dia tetap nak jugak kapel dengan Dani ni. Adam pulak tetap sayangkan Maya. Best kan kalau realiti macam ni. Lepas tu Mirul tak tengok seminggu. Tau-tau je Amani dah lahir. Sebut pasal Amani ni, ramai gler fan club dia kat facebook. Macam artis besar la pulak. Padahal kecik cenonet je budaknya. Ha, masa ni dah 5 tahun perkahwinan Adamaya. Masa tu pulak Dani kacau Maya lagi. Maya pun satu. Pegi layan jugak buat apa kan. Tapi Adam macam biasa. Sabar sangat. Sampai bila Maya minta cerai pon dia boleh sabar lagi. ada satu ketika, dia nak lepaskan Maya. Masa tu baru Maya terkejut. Dia ingat dia bersar kepala Adam biar je. Masa tu baru nak merindu. Ha, baru tau kan. Tapi, Adam buat cool je. Masa nak tinggalkan rumah, dia cakap “awak boleh ambil apa sahaja tetapi saya minta 1 je daripada awak. Berikan saya Amani. Itu je yang saya ada awak.” Huh. Nasib baik tak nagis jer Mirul. Ha, lepas tu segalanya terbongkar sedikit demi sedikit pasal Dani. Sampailah Maya sedar. Bila dia nak berbaik balik dengan Adam, Adam boleh jual mahal pula. Dia cakap “let go Maya”. Eksyen ko ek Adam. Tapi akhirnya mereka baik juga. Cuma kesian dekat Lisa. 6 tahun cintakan Adam, tapi terlepas macam tu aje.

Itu la, bila bawak cerita ni dalam realiti, macam mustahil je. Tapi tu la cinta kan. Kalau menyayangi, kene sayang dengan sepenuh hati. Bagi Mirul macam tu. Ye la, nama pon cinta kan. Bukan boleh main-main. Kenalah sayang dengan sepenuh hati. Tapi kalau nak banding dengan Adam, Mirul jauh la. Adam tak kuat cemburu. Mirul? Rahsia la. Semua orang dalam cerita Adamaya ni percaya pada cinta. Dani setia sangat pada cinta dia kat Maya. Adam pun sama. Lisa terbaik. Betul kan. Kalau kita tak dapat seseorang, membuatkannya bahagia dah cukup membuatkan kita rasa bahagia juga. Kalau kita rasa dengan memiliki akan membuatkan dia terseksa, untuk apa? Jangan jadi macam Dani. Buat apa sahaja untuk seseorang yang dicintainya. Tapi Adam? Ha, sentiasa berusaha mempertahankan cinta. Best sangat kan. Kalaulah ada ramai orang macam Adam, aman dunia ni. Banyak lagi Mirul nak bercakap pasal cinta ni. Ha, nampak je macam ni, tapi expert tau.

Korang gelak-gelak pasal apa? Dah mula dah gosip ketupat pulut. Mula la mengata Mirul dah kapel. Pandai-pandai je korang kan. Mirul tak cakap apa-apa pun. Tak baik bersangka begitu. Tu semua gosip liar je. Jangan percaya. Ha.. untuk yang dah berkapel. Sayangi kapel korang betul-betul ye. Kalau rasa tak boleh sayang. Mintak break up je. Jangan nak mengada-ngada main kayu tiga. Renung-renungkan, dan selamat beramal….

Saturday, 27 March 2010

Penat Berseminar Kepuasan Tak Terhingga


Assalamualaikum,

Apa kabar semua? Mesti sihat-sihat semua kan? Mirul je yang makin kurang sihat. Entah la, sejak demam 2 minggu mase part 2 hari tu, sampai sekarang berat badan tak naik-naik. Makin turun ada la. Sampaikan kengkawan pun cakap makin kurus. Hurm, nak buat macam mana dah nasib badan. Tapi, kata orang jadi MPP badan boleh naik. Hehe… kalau boleh naik, kena la rain exercise kan. Kalau tak, perut nih xder berketul-ketul… ada 1 ketul je.

Sebenarnya, Mirul nak bercerita tentang aktiviti semalam. Seminar Internet Business: Gateaway To Zero Unemployment. Seminar ni senang cakapnya seminar macam mana nak buat duit membina kredibiliti keusahawanan di internet. Bukan senang ye nak kumpulkan 4 otai IM; Ammar Zahar, Bro Jamal, Labanon n Amirol (bukan Amirul ye…). Ha, masa nak bentang program untuk dapat kelulusan bajet, dekan agak berat nak luluskan. Tapi dekan luluskan jugak sebab MPP baru dilantik dan nak memperkenalkan diri kepada pelajar. Tapi Mirul teruskan juga buat program ni. Sebab Mirul nampak program ni mampu untuk membantu pelajar kita. Ye la, buat apa main facebook hari-hari kalau setakat menghabiskan duit je? Lebih baik main facebook sambil buat duit.

Tetapi, masa perasmian program, terharu juga bila dekan cakap yang beliau pada awalnya keberatan nak luluskan program, tapi lepas berbincang dengan penceramah, dekan pon nampak yang perniagaan internet ni boleh pergi lebih jauh ke hadapan. Sampaikan dekan cakap nak buat program enhancement untuk pelajar  tahun akhir. Tak sangka dekan nampak berminat dengan program ni. Berbaloi jugak la berhempas pulas menyiapkan program. Ha, semalam student kelas 2C (kelas yang jalankan program ni) kena marah. Ye la, jemputan, pengangkutan, sijil semuanya bikin panas je. Tapi sebenarnya kesian jugak kat diaorang ni sebab kena marah. Bukannya diaorang expert sangat pasal pengurusan program. Tiba-tiba je kene uruskan program. Sori la korang ye.

Ha, seronok betul seminar masa tu. Ceramah Ammar dah penah dengar, jadi ok la lagi. Bro Jamal pulak dengan gila-gilanya. Ha, teruk abang Fizi dijadikan model masa ceramah dia. Asyik-asyik abang Fizi. Abes merah muka abang Fizi menahan rasa bangga malu yang teramat. Masa Labanon pulak, yang ni seronok. Produk fizikal pengkhususan kepada dropshipping. Memang niche Mirul. Mirul jual apa? Jual orang la... eh tak. Jual produk penjagaan diri. Tapi Mirul tak ada stok. Semuanya dropshipping je. Senang dan mudah. Labanon bila bagi ceramah masuk juga la adegan gila-gilanya. Ada ke dia cakap nak dropship MPP. Mentang-mentang la Mirul ringan, kos kurier murah, nak dropship la pulak. Kalau nak dropshp Fifi mesti la mahal. Maklumlah, Labanon ni sebaya Mirul je. Bezanya Mirul belajar lagi, Labanon dah ada pendapatan 5 angka. Tapi bukan tu ceritanya. Isi ceramah semuanya best. Masa Amirol bagi ceramah tiba-tiba blackout. Alamak. Macam mana ni. Kesian Amirol terpaksa bagi ceramah dalam gelap. Amirol pula masa tu kurang sihat.

Ha, Mirul dapat cabutan bertuah tau. Rahsia Affiliate Kerajaan. Ebook yang Mirul tak beli lagi. Hehe… Mirul kan tak ada duit. Kalau guna duit di tempat yang salah karang ada pula orang komplen kata Mirul boros. Ha, senang cakapnya, memang puas hati la dengan program semalam. Segalanya puas. Sebelum terlupa, Nas penolong s/u untuk program ni. Kesian tol kat dia. Sampai dah give up nak buat keje. Hantar surat berpuluh-puluh keeping Mirul reject senang-senang je. Jem gak rr tengok dia penant. Yang lain pon sama jugak. Semua penat. Kiranya perbelanjaan untuk semalam percuma la. Makan pagi, tengah hari dan malam semuanya percuma. Ni yang best jadi MPP. Makanan semua cukup. Masa je yang tak cukup. Hehe, lepas ni nak uruskan program Voice of Student Leaders pula. Mengamuk-ngamuk la pengarah projek biro pendaftaran tak buat kerja lagi. Kad Matrik, name tag, dan folder pon tak siap lagi. segalanya sebab sibuk uruskan pasal Hari Mesra Santai dan Seminar ni. Didi, sori ek…… haha. Babai kengkawan. Nanti kalau ada masa Mirul kongsi lagi dalam blog ni ye.


Saturday, 6 March 2010

Kisah Di Bangi


Ha, dah lama dah bercerita dalam blog ni. Memang semenjak dua menjak ni agak sibuk sikit. Test, watikah, seminar internet business dan yang baru-baru ni ada pulak mesyuarat MPP semalaysia dengan Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar KPT (Kalaulah boleh menjadi pelajar biasa semula).  Sebut pasal mesyuarat dengan MPP semalaysia nih. Ada la cerita sikit. Apa? Nak dengar? Mana boleh. Kat blog mane ada orang denga. Orang baca je.

Macam ni. Tengah-tengah sibuk dengan web MPP yang tak siap-siap ni, sekonyong-konyongnya henpon bedering. Tet..tet…tet… Adoi… Masa tengah sibuk2 ni la henpon ni nak berdering pulak. Masa tengah tak sibuk tak nak la pulak bordering. Rupa-rupanya… wahyu datang. Apa kandungan wahyu tu? Kene pegi mesyuarat MPP kat Bangi. Memula tak nak pegi. Kesian kat fifi penat pening uruskan pasal MICPA punya program. Tapi, sebab kitorang dah janji nak involve dalam fakulti dan universiti, maka pergi jugak la. Adil la kan. Mintak-mintak tahun ni MPP akaun dua dua dapat jaga kebajikan pelajar (kebajikan sendiri?).  Ha.. pagi-pagi bangun pukul 6, mandi, sembahyang subuh, pakai baju. Alamak! Tshirt putih tak kering lagi. Nasib baik kemeja putih tu tebal. Jadi tak ada masalah la sangat. Pergi la meredah hujan demi tanggungjawab. Ye la, orang takder awek ni la tanggung jawab yang ada…

Kat perhentian bas Seroja. Sorang-sorang je datang. Nasib baik ada atul. Yang lain? Terkandang sebab hujan. Alih-alih pukul 7.45pagi baru pegi. Tak pe. Sampai kat ESSET pukul 8.50pagi. Masuk-masuk terus buat muka tak bersalah datang lambat. Duduk la. Habis je sesi 1, tiba-tiba datang seorang MPP UTeM ni. Suka hati je tegur orang kan. Salam tak bagi plak tu. Zakuan orang nya. Mantan NYDP JPP KMK 07/08. Rakan setugas dulu. Sekarang ni jadi exco biasa je. Kemudian jumpa Atifah. Exco Kebudayaan, Kesenian dan Warisan JPP KMK 07/08. Dia jadi NYDP1 UMT. Kami yang MT JPP sekarang nak merasa jadi orang bawah. Bagi exco-exco MPP plak naik atas jadi MT. Nak bangga sikit, sebenarnya, sepanjang 5 tahun KMK ditubuhkan, JPP kami adalah JPP terbaik. Ni Penolong Pengarah HEP yang cakap.

Dah jumpa tu, bersembang la kami. Ukhwah kami mmg agak kuat. Mungkin sebab YDP yang didik kami dengan biah Islamiah. Tak sangka pulak, ramai student biasa kat KMK dulu jadi MPP MT pulak tu. Ezal jadi NYDP UNIMAS, Hafizah jadi Penolong Bendahari MPP UiTM, Muin MPP KMK, Shiroo MPP UPM, Shukriah MPP UMT dengan Atifah tadi. Ramai lagi sebenarnya. Lupa pulak. Azmi Exco Akademik Sains Hayat JPP KMK 07/08 jadi MPP USM. Wah, kullukum rai’n wakullukum mas’ulin an ra’iyatih. Ingat tu. Nanti kat padang Mahsyar kene tanye. Bukan boleh ngelat masa tu. Tak nak cerita panjang-panjang. Sebenarnya nak bagitau yang jumpa kawan-kawan kat matrik tu je. Seronok. Makan free tengah takde duit ni.

Korang doa-doakanlah Mirul dapat istiqamah dalam berblog ni. Mudak-mudahan kesibukantak jadi penghalang untuk berbicara. Ingat, tatkala hati terusik, tinta mula berbicara. Tapi kalau time tengah menjiawang, takde la pulak nak mencoret di sini. Haha.. gurau je la korang. Babai…..


Tuesday, 23 February 2010

Bestnye Couple

Saya suka tengok jari dia...
Cantik betul... Sungguh!Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...Tapi takut nanti jari kitorang
tak boleh tolong each other
Di satu hariyang giler forever depan yang maha Esa...

Saya sedih tengok dia tak tido,
tak makan rindu kat saya...Saya pun macam tu jugak,
problem yang sama..Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok dia
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, bwk moto elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib
gitu Die tak kata satu aper pun...Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia...
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...

Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti..



ingat sikit korang yang dah kapel nih.... jangan asyik nak dating jer....


Thursday, 18 February 2010

Mangsa Keadaan Jadinya


Macam mana dengan cuti pertengahan semester? Best? Mesti la kan. Nama pun cuti. Ha, minta maaf sangat-sangat. Sebab apa? Lama sangat tak bercerita dalam blog ni. Sebenarnya, bukan sengaja tak nak bercerita, tetapi ada sesuatu yang berlaku. Apa yang berlaku? Sebenarnya, masa pertengahan bulan satu hari tu, Mirul dapat satu panggilan. Panggilan lamaran. Bukan kahwin la, lamaran untuk bertanding pilihan raya kampus. Jadi, Mirul pun pergi la atas dasar persahabatan. Ye la, Mirul sepatutnya jadi Campaign Manager untuk Fifi. Nak-nak pula Meor cakap dia nak bertanding. Tapi diaorang tak boleh nak datang atas sebab-sebab peribadi. Ha, nak jadi cerita lagi, Mirul kena bertanding. Memang tak boleh lari dah ni. Kena la bertanding. Borang pencalonan pun hantar pukul 5.59 petang. Poster yang ditampal pun tak sampai 300 keping. 300 keping untuk 2 kampus. Memang sunyi betul pilihanraya kali ni. Sampai masuk dalam Metro Pilihan Raya UiTM Lesu. Sebenarnya, pilihan raya kali ni ramai yang gunakan laman social sebagai medium untuk berkempen. Jimat sikit duit kan?

Tutup cerita tentang pilihan raya. Mirul nak bercerita tentang kisah kat rumah ni. Mirul balik 14hb selepas YDP umumkan BTN tak jadi. Konon-kononnya nak study la kan. Kat Simpang Empat, Uda Koa, Uda Mat, Cik Bob dengan Cik Linda datang nak jemput. Wah, dengan kereta Exora tu. Mirul naik je la. Rupa-rupanya mereka ada komplot! Ya, komplot untuk brainwash Mirul. Macam-macam la Mirul kene. Mewah sangat la kat UiTM, tak fikir adik-adik la, tak pandai merancang la, ini la, sampai yang menariknya kate Mirul buat perkara tak manis kat Shah Alam ni. Tapi, Mirul dengar la juga apa kene brainwash tu. Ye la, Warrent Buffet pernah cakap; Listen To What Others Say, But Decide on Your Own. Kenal tak Warrent Buffet? Orang no.2 terkaya di dunia.

Kelakar juga sebenarnya bila Uda Koa risau Mirul liar kat Shah Alam ni. Ye la, duduk kat bilik tak keluar-keluar, tiba-tiba Uda cakap macam tu. Tak pe, bagus kan. Maknanya ada lagi orang yang ambil perhatian kat kita. Tapi yang Mirul tak pasal suruh Mirul duduk hostel. Betul la, bila jadi MPP memang akan dapat kemudahan hostel. Mirul cakap nanti bila tak jadi MPP susah, kalau dapat housemate yang tak senakal Mirul. Kalau dapat yang suka makan asap ke, yang ada masalah pendengangaran sampai kene pasang muzik kuat-kuat kan susah. Mirul nih tak suka marah orang. Tapi semua cakap jangan fikir masa depan. Fikir tentang sekarang. Memang tak faham langsung. Sori la, Mirul student perakaunan, memang dah diajar merancang untuk masa panjang. Nak buat apa-apa keputusan, kene fikir baik dan buruk bukan je untuk seminggu dua tetapi untuk setahun dua. Mak selalu cakap, ramai orang nak untung seposen tapi rugi seringgit. Kena ada misi dan visi. Kalau duduk dalam, kesian la kat awek Mirul. Dah rr Mirul tak penah syer awek Mirul ni dengan orang lain. Adik-adik Mirul nak pinjam awek Mirul pun Mirul tak penah bagi. Siap guna thumbprint untuk logon. Kalau la awek Mirul ni dirampas orang bila Mirul duduk hostel, memang frust. Lain la kalau perampas tu tinggalkan hard disk awek Mirul, tak pe la jugak.

Setelah memikirkan pelbagai perkara, bukan hanya soal duit yang nampak tapi soal duit yang tak nampak, Mirul rasa lebih baik Mirul duduk kat luar je jadi NR. Memang akan rugi dalam jangka masa pendek, tetapi ada potensi untuk keuntungan dalam jangka masa panjang. McDonald tak untung dalam 3 bulan, KFC pun sama. Semua pelaburan dan perniagaan memerlukan masa untuk menjana keuntungan. Sama la juga dengan hisup ni. Memang lumrah untuk berhadapan dengan kegagalan awal, tetapi Insyaaallah berjaya dalam jangkamasa panjang.

Tun Dr. Mahathir selepas mengakhiri ucapannya dalam Perhimpunan Agung UMNO ke 58 pernah berkata, orang Melayu suka memberikan komen kepada orang lain, tetapi tidak tahu untuk memberikan komen kepada diri sendiri. Macam kuman di seberang nampak, gajah di depan mata tak nampak.


Thursday, 31 December 2009

Azam Baru Tahun Baru

Tak lama lagi kita dah nak masuk tahun baru. Tahun baru Masihi la. Tahun baru Hijrah dah berlalu.Bila sebut tahun baru, kenapa mesti dikaitkan dengan azam baru? Adakah setiap tahun kita memerlukan azam baru? Ataupun azam tahun lalu sudah tidak terpakai lagi? Ha, Mirul kali ni nak berazam. Azam baru la. Sebab azam tahun 2009 dah tercapai, walaupun terlepas dipenghujung tahun. Tapi tak mengapa. Setidak-tidaknya tercapai juga bukan? Apa azam tahun 2009? Nak tahu? RAHSIA.

Baiklah, Mirul nak bercerita sikit tentang azam tahun baru nih. Azam Mirul pada tahun ni nak mendapatkan semua perkara yang Mirul terlepas pada pada tahun 2009. Banyak sangat yang Mirul hilang masa tahun 2009. Hurm, memang mengecewakan. Yela, Mirul cukup jarang tak dapat apa yang Mirul nak, tapi bila masuk tahun 2009, Mirul banyak tak dapat apa yang Mirul nak. Tapi tak nafi jugak, yang Mirul pun dapat banyak perkara cuma tak kekal lama sahaja.

Apa yang Mirul nak dapatkan? Banyak sebenarnya, tetapi Mirul nak syer sikit jer. Yang lain tu biarlah. Hanya yang mengalami akan memahami. Ayat kegemaran Mirul ni. Mula-mula Mirul nak dapatkan result yang baik semula tahun ni. Ye la, tahun lepas result sangat teruk. Berapa Mirul dapat? RAHSIA. Lagi, Mirul nak kuatkan kembali diri ni sama macam nama AMIRUL. Apa makna nama ni? Cari la dalam kamus ya. Aliff, mim, ya, ra. AMIR. Macam mana pula dengan nama MUKMIN? Hihi. Yang nama tu pula, biarlah masa yang berbicara. Tu baru 2 kan? Mirul nak bagitahu yang terakhir sekali. Tapi bukan bermakna ini sahaja perkara yang Mirul nak dapatkan ya. Yang lain tu Mirul nak simpan. Resmi padi, makin tunduk makin berisi. Mirul nak buat empayar perniagaan internet Mirul. Mirul nak pastikan sebelum hujung tahun ni, Mirul nak ada produk sendiri. Lagipun, sekarang ni Mirul dah siapkan satu ebook - Bagaimana Untuk Gagal yang Mirul akan edarkan secara percuma dalam pasaran internet Malaysia. Projek grafik Mirul pun dalam perjalanan sekarang ni. Mirul buat koleksi grafik dengan Hazim, kawan Mirul masa kat sekolah dulu. Dia ni macam sifu Mirul. Mirul kenal dunia grafik ni melalui dialah. Grafik awal Mirul kebanyakannya Mirul rujuk grafik dia.

Cukup la tu kan? Mirul kongsikan 3 perkara yang Mirul nak dapatkan tahun 2010. Cuma Mirul harap Mirul tak kehilangan banyak perkara macam tahun 2009. Apa-apa pun, yang penting usaha bukan? Tanpa usaha, azam tidak berguna.



Monday, 28 December 2009

Suntikan Lebah - Terseksa Sebentar

Bila sebut pasal lebah ni kan, macam-macam orang bercakap tentang kebaikannya. Soal propolis, madu dan banyak lagi. Tetapi, lebah jugak boleh bawak kesengsaraan. Macam mana? Dengan sengatannya yang berbisa. Ha, yang ramai orang x tahu, selepas lebah ni menyengat, ia akan segera mati. Kenapa? Sebab organ badannya juga tertarik keluar masa bersama sengatnya itu.


Wah3... Hebat sungguh bercakap soal lebah nih. Apa kaitannya dengan Tatkala Hati Terusik, Tinta Mula Berbicara? Ada kaitannya. Sebab Mirul kene sengat lebah. Kat mana? Hak3. Tak boleh bagitau. Malu. Ha, meh sini nak bagitau kisahnya macam mana Mirul boleh disuntik lebah nih.


Pagi tadi, masa tu pukul 8. Lepas melawat bursa saham untuk buat sedikit pelaburan, Mirul pon sambungla kerja depan laptop. Yela, kene siapkan projek grafik sebelum Jumaat ni. Sebab semalam dah sehari suntuk atas nagku je, Mirul pon duduk rr atas tilam. tengah berserook di atas tilam, tiba-tiba terasa sesuatu yang pelik kat badan Mirul. Berbekalkan ilmu persilatan 5 tahun, Mirul segera menepis serangan pelik tuh. bila Mirul berjaya menepis serangan tu, capat-cepat Mirul tengok apa yang menyerang Mirul. Ya Allah, rupa-rupanya binatang yang diberikan surah dalam Al-quran. An-naml. Lebah. Ish, kasihan betul lebah tersebut. terputus dua. Lepas tu Mirul tengok atas katil balik. La... ada lagi seekor rupanya. Cit, Mirul tangkap kedua-duanya. Ooo, ada hati nak serang aku ek. Ha, kan dah kalah. Mirul pon hantar la lebah-lebah tu ke dapur. Bukan nak masak la, masuk dalam tong sampah. lepas tu Mirul bagi tau kat mummy. Mummy pon cakap, "ha, nanti pegi klinik". Mirul cakap, "ala, lebah je pon. Nanti2 la". Pastu Mirul sambung la keje balik.


Dalam setengah lepas tu, Mirul terasa gatal2 kat tengkuk. Ish, sape pulak la buat luv bite ni. Takde la pulak. Sebab dah gatal sangat, Mirul cepat-cepat mandi. Pas mandi, alamak makin terul la. Ha, cepat-cepat Mirul pegi klinik. Bawa kereta sendiri je. Bila orang yang daftarkan tu tanya kenapa, Mirul jawab gatal-gatal. Silap la pulak, patutnya kene cakap kene suntikan lebah. Sebab lama lagi nak tunggu dan badan pon makin gatal, Mirul pergi kedai cina beli 100plus botol besar. Kemudian terus balik rumah. Rehat-rehat kejap. Ish, tak boleh jadi ni. Rumah panas la pula. Mirul ajak adik Mirul pegi klinik tunggu nombor Mirul dipanggil. Mirul duduk dalam kereta je. sejuk sikit aircond kan. Ha, time nih memang dah sedar Mirul makin gemuk dengan bengkak-bengkak gatal. Habis kurang cute nih. Nasib baik la lepas tu adik Mirul bagitau nombor Mirul dah dekat. Mirul terus keluar tunggu kene panggil dengan HA. Bila dia tanya, Mirul jawab kene sengat lebah. Terus dia bawak g cek nadi, tekanan darah semua tu. Rupa-rupanya dia nak cucuk. Huh. 2 jarum kena. Habis je kene suntik, terus rasa nak muntah. Mirul lupa yang Mirul x leh kene sengat. Lepas kene cucuk mesti terus muntah.


Ha, masa muntah nih memang terus lembik. Sampai nurse suruh sambung muntah atas katil je. Kang tumbang pulak susah kan. Bila periksa semua balik, mereka decide nak masuk air pulak. Alamak, kene cucuk lagi. Mirul bagi tau nurse tu suruh bagitau adik Mirul kat luar. Kesian mereka tunggu Mirul lama-lama. Adik Mirul telefon abah dan kemudian abah pon datang. Masa tu semua orang salahkan Mirul tak bagitau yang kene sengat masa daftar tadi. Ye la, mana Mirul nak ingat yang Mirul alergi kene sengat. Lepas abah hantar adik-adik balik, abah datang klinik semula. La, ingatkan abah nak sambung buat konkrit beam rumah. Abah tunggu kat luar je. Kadang-kadang dia masuk. Tu yang senang jadi cikgu. All access. Semua orang kenal. Habis je dekat sebotol air, dah selesai. Nasib baik la. Lepas tu memang larat nak bawa kereta. Abah tinggal je motor dia kat klinik tu. Dia yang bawa kereta.


Balik rumah je terus makan. Lapar. Tapi tak best. Tak boleh masuk tekak. Pergi rumah opah pula. Ye la, rumah opah ada gulai masam. Macam sedap je. Mintak opah buatkan milo panas secawan, Mirul makan nasik dengan kuah gulai masam tu. Baru la boleh masuk. Lepas makan terus balik. Sembahyang dan tidur. Bangun-bangun main badminton dulu. Sekarang ni rasa lemah-lemah badan lagi. Lenguh. Tapi biasa la kan. Bukan kah setiap kesakitan yang Allah berikan menunjukkan dia sayangkan lagi kita. Bertuah rasanya disayangi Allah lagi. Walaupun semakin jauh dariNya, Dia tetap dekatkan diri kita dengannya. Memang sifat Allah begiru. Maha Pengasih dan Maha Pengampun.


Nasihatnya, biala kita sakit carilah penawarnya. Jangan mengada-ngada nak jadi doktor sendiri. Kalau tak susah. Tapi, kalau sakit rohani, kene ubat sendiri ye. Kalau tak memang x sembuh la.






Thursday, 17 December 2009

Pertahankan SIS & SERATA


Bekas Pelajar bantah serah SIS dan SERATA kepada pusat

Nazri Abdullah  
IPOH, 17 Dis: Bekas-bekas pelajar Sekolah Izzudin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) Perak, membantah dan menuntut penjelasan dari tiga pihak bertanggungjawab berhubung hasrat menyerahkan kedua dua sekolah agama kelolaan kerajaan negeri tersebut kepada pusat.

Ketiga-tiga pihak tersebut adalah kerajaan negeri Perak, Jabatan Agama Islam negeri dan Persatuan Alumni pelajar sekolah terbabit.

Pengerusi Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (TAHAN), Yuzi Faizal memberitahu pihak mereka akan mengadakan satu sidang akhbar berhubung perkara itu dihadapan pintu masuk utama SIS Jumaat ini.

"Kita nak mintak penjelasan dari ketiga-tiga pihak ini supaya kita dapat tahu kewajaran kedua-duanya perlu diserahkan kepada kerajaan pusat," katanya ketika dihubungi.

Yuzi juga memberitahu desakan yang dibuat badan bertindak ini bukan dipengaruhi mana-mana parti politik tetapi atas rasa tanggungjawab dan keperihatinan bekas-bekas pejar sekolah terbabit sendiri.

Mereka bimbang pertukaran tersebut akan menggadai kecemerlangan pelajar-pelajar aliran agama khususnya pemansuhan subjek teras sekolah tersebut.

Apatah lagi kedua-dua sekolah tersebut juga jelasnya telah banyak melahirkan tokoh-tokoh dan pemimpin negara seperti Menteri Pertahanan Malaysia sekarang ini Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

"Berdasarkan maklumat, jika kerajaan pusat ambil alih, kemungkinan subjek I'dadi dan Sanawi akan dimansuhkan.

"Ianya akan memberi kesan kepada para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang agama seperti di Al-Azahar dan lain-lain universiti," katanya lagi.

Kedua-dua sekolah tersebut adalah di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak namun akan diserahkan kepada kerajaan pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) kerana didakwa berdepan masalah kewangan.

Sehubungan itu, TAHAN juga sedang merancang menyediakan satu memorandum untuk dihantar kepada pihak Istana negeri perak jika tiada sebarang maklum balas dari ketiga-tiga pihak terbabit.

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) turut mendesak Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri campur tangan menyelamatkan SIS dan SERATA agar kekal dibawah kelolaan JAIPk.




Kat atas ni adalah petikan daripada HarakahDaily.Net. Masalah2. Malas nak mengulas panjang-panjang pasal ni. Tapi tu la. Alkisahnya, tahun 2002 pernah disuarakan SIS nak dijadikan sebagai Kolej Islam Izzuddin Shah. 90% perangkaannya juga sudah siap. Tapi, sehingga 2009, masih lagi bergelar Sekolah Izzuddin Shah. Kolej? Lupakan saja. Tetapi, mungkin akan bergelar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Izzuddin Shah (SABKIS). Buruk? Nilaikan sendiri. Inilah nasib anak emas Kerajaan Negeri Perak. Pernah beberapa kali SIS nak dipindah dari tanah Ipoh. Khabarnya kerana tapak SIS sangat bernilai. Maka, dirancangkan tapak baru di Kampung Gajah. Tetapi tentangan hebat daripada PBSISTA yang pada ketika itu kalau Mirul tak silap dipimpin Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Alhamdulillah, berjaya kekal di Ipoh. Kemudian, ketika di akhir pentadbiran Kerajaan BN, sekali lagi timbul ura-ura hendak menjadi SABK. Namun, kes ini senyap seketika apabila Dato' Seri Ir. Nizar menjadi Menteri Besar. Sejuk hati masa tu. Tapi, mungkin kerana daerah Larut dalam Negeri Perak, timbullah pula cerita Katak oh Katak. Sekarang, SIS mungkin akan menjadi SABK.

Implikasinya juga sudah diterangkan. Saudara Yuzi juga menubuhkan TAHAN. Bagaimana kita barisan bekas pelajar yang lain? Melawan? Saya katakan ya kerana sayangkan SIS dan SERATA.  Saya katakan ya kerana masih lagi nak merasa biah mithaliah bilamana saya menjejakkan kaki ke SIS. Saya katakan ya kerana saya inginkan teguran manis guru-guru bilamana saya melawat SIS. Tetapi bagaimana untuk melawan? Bagaimana untuk menyatakan bahawa kita tidak bersetuju? Berdemonstrasi? Bukan itu caranya. 5 tahun kita dibajai dengan siraman iman, ilmu dan amal. Apakah kita tidak tahu bagaimana untuk meminta kepadaNya? Justeru tunggu apa lagi? Mula bertindak! Ingatlah, kenangan bersama SIS terlalu besar nilainya.









ILA GHAYATIL QASWA



Friday, 11 December 2009

Result dan Keredhaan

Apa kabar kawan-kawan?


Semoga kawan-kawan sihaaaaatttt selalu. Mirul yakin, semalam merupakan antara hari paling getir untuk kawan-kawan. Maklum sajalah, result peperiksaan diumumkan. Bila sebut pasal result ni, ada macam emosi yang akan terpapar di wajah masing-masing. Ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang bersyukur dan ada juga yang menangis. Semua itu disebabkan oleh keputusan yang diumumkan. Mirul yakin, kebanyakan kita pernah melalui emosi-emosi sebegini. 


Sebut pasal result, Mirul nak bercerita sikit tentang result Mirul. Apa? Dapat Anugerah Dekan? Taklah. Mirul bukannya golongan rajin belajar. Tapi, sejak Mirul jatuh teruk semester yang lalu, azam pertama Mirul adalah untuk bangkit dan memperbaiki CGPA Mirul. Setidak-tidaknya mengekal sahaja. Kawan-kawan nak tahu, semester lepas Mirul memang jatuh terduduk. Terkejut besar dengan keputusan peperiksaan Mirul. Memang Mirul langsung tak menjangka akan dapat keputusan yang macam tu. Tapi, bila Mirul masuk semester 3, Mirul tanam dalam diri Mirul siap-siap. "Hidup aku seperti roda, sekejap di atas, sekejap dibawah. Apalah sangat jatuh macam ni, mesti boleh berada di atas balik". Ha, sebut pasal roda ni. Kawan-kawan nak tau cerita pasal Mirul mase kecik-kecik dulu?


Mirul ni budak lompat. Tau tak budak lompat tu apa? Ala, kan dulu PTS, mana-mana pelajar yang lulus PTS akan ditawarkan terus dari tahun 3 ke tahun 5. Maknanya, kami ni muda setahun daripada kawan-kawan yang lain. Hehe, maybe sebab ni kot orang kate Mirul ni macam budak-budak. Ni adalah kejayaan pertama Mirul. Kemudian, Mirul dapat Straight A's dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan tak pasal-pasal Mirul jadi Tokoh Murid masa tahun 6. Kejatuhan pertama Mirul adalah masa UPSR, Mirul cuma dapat 3A jer :(. Kemudian, Mirul masuk Sekolah Izzuddin Shah (SIS). Masa Mirul form 1 &2, Mirul teruk sangat sampai abah pernah cakap kat Mirul, kalau dapat 6A jer pon, abah bagi RM500. Bila Mirul masuk form 3, Mirul belajr betul-betul. Teruk Mirul belajar. Ye la, nak cover balik pelajaran form 1 sampai form 3 dalam masa 9 bulan jer. Bila beberapa hari sebelum PMR, Mirul kena demam panas. Ha, semangat nak belajar tu, walaupun demam panas Mirul tetap pegang buku Penguat Memori Sains untuk Mirul baca. Memang lembik betul mase tu. Masa PMR pon masih ada lagi demam tu. Bila keputusan diumumkan, Mirul dapatla 7A. Cukuplah tu untuk orang yang kehilangan 2 tahun hidup sebagai pelajar. 


Bila form 4, Mirul masuk kelas Sains Fizikal. Taknak masuk Sains Tulen sebab tak suka Subjek Biologi. Itu adalah sebab kenapa ramai kawan-kawan Mirul masuk Sains Fizikal. Mirul sebenarnya minat Chemical Engineering tapi selalu skor kat Fizik, Kimia x skor sangat. Walaupun kami kat Sains Fizikal belaja Perakaunan, tapi majoritinya memang tak merancang untuk jadi akauntan. Semua nak jadi engineer, macam Mirul la. Kemudian, masa SPM. Sekali lagi ujian Allah bagi kat kami. Hampir semua calon SPM sekolah Mirul kena food poisoning. Mirul antara yang paling kritikal. Nak cerita kritikal ke tak, sampai kami bila pergi ke Unit Kecemasan Hospital Ipoh, doktor kat sana suruh yang masih boleh bertahan balik dulu. Kalau tak nanti reporter datang. Baliklah yang tak dapatkan rawatan lagi, sampai tengah malam pasukan khas doktor cek kesihatan kami. Musolla lah jadi Klinik Kesihatan sementara... kui3.. berkat tuh. Sebab Mirul antara yang kritikal masa tu, bila jawab soalan Fizik kertas2, Mirul cuma ambil masa 45 minit jer untuk jawab soalan dan keluar dewan. Tapi Mirul memang x boleh buat apa-apa. Minggu tu, minggu peperiksaan sains, Add Maths dan Fizik memang Mirul target A, tapi Allah dah tentukan walaupun Mirul dapat A masa percubaan, tapi boleh dapat c je SPM Kertas Fizik. Memang sangat sedih masa tu. Dah tak fikir dah nak jadi Engineer.


Masa kat Matrikulasi pulak. Mirul ingat nak jadi student biasa je. Dah puas dah pegang jawatan kat sekolah dulu. Tapi, Allah dah tentukan. Datanglah musim pilihanraya kampus. Mirul dapat tahu yang ada wakil bukan Muslim bertanding kerusi Jurusan Perakaunan. Dan dia ni agak popular. Kawan-kawan Pusat Islam suruh Mirul bertanding  lawan dia. Dah la orang tak kenal Mirul mase tu. Mirul ni memang pendiam orangnya. Mirul hanya buat bising dengan kawan-kawan yang rapat dengan Mirul je. Ha, berbalik cerita pilihanraya tadi. Mungkin sebab Mirul membawa nama Amirul (Amir-pemimpin), Mirul terus hantar borang bertanding Pilihan Raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (MPP la kalau di Universiti). Alhamdulillah, Mirul menang dengan majoriti tertinggi. Kemudian, Mirul duduk dikerusi Bendahari Kehormat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Ya Allah, kawan-kawan tau tak? Mase di Matrikulasi lah antara masa Mirul dipuncak. Mirul masuk pertandingan, jadi Presiden kelab, Pengarah program, mcam-macam lagi la. 


Ha. cerita masa Mirul jadi Pengarah Program Malam Eksekutif Muda Perakaunan. Mirul buat program ni dengan agak tertekan. Mirul lantik kawan-kawan yang majoritinya x pernah uruskan program dan kami buat program ni bersama-sama. Hinggalah satu hari, masa tu 3 hari sebelum program berlangsung. Habis tutor Akaun, tiba-tiba Puan Zuraini (lecturer Akaun yang dilihat sangat menakutkan oleh pelajar) masuk kelas Mirul dan terus marah Mirul, "Amirul, awak jangan pandai-pandai guna nama saya!". Mirul terkejut. Apa salah aku nih? Bila masa pulak aku guna nama dia? Mirul pelik betul masa tu sampailah seorang lagi Yong, JPP akaun yang lagi satu bagi tau Mirul ada mesej yang dihantar guna nama Puan Zuraini ni. Kemudian, Mirul kena marah depan semua pelajar Perakaunan sampai Puan Zuraini cakap yang dia tak teragak-agak untuk bawa JPP Perkaunan ke Mahkamah. Terkejut Mirul masa tu. Tapi, kawan-kawan kuliah MIrul sebenarnya tak faham apa yang Puan Zuraini cakap sebab diaorang terima maklumat yang betul daripada Mirul. Menariknya, Fify, ketua kuliah kami cakap kat Mirul, "kalau Puan Zuraini nak bawak ke mahkamah, ko lawan jer. Kitorang semua kat sini sokong ko. Ko tak bersalah". Yang jadi masalahnya kuliah lagi satu ada yang anti Mirul. Itulah lumrah pemimpin kan. Itu yang Mirul sangat-sangat elak untuk kembali popular macam dulu. Tapi alhamdulillah, semua dapat diselesaikan dengan baik. Sampailah Penolong Pengah HEP dan lecturer lain kata JPP batch Mirul adalah JPP terbaik pernah KMK (Kolej Matrikulasi Kedah) ada. Bila kami melawat matrik, masih ada lecturer yang merindui era kepimpinan kami. Alhamdulillah, seronok sangat dihargai sebegitu. Ha, result Mirul masa kat matrik juga agak baik. Mirul keluar matrik dengan CGPA 3.69. Cukuplah sebagai seorang yang hanya boleh study selepas pukul 1 pagi. 


Semester 1 Mirul agak baik. Mirul memang nak bercuti dari kepimpinan sekejap. Walaupun tak belajar, result Mirul masih lagi baik. Mirul kembali jatuh masa semester 2. Memang cukup jatuh. Sebenarnya, Mirul berdepan perkara yang rumit masa semester 2. Entah kenapa, Mirul hilang kemampuan untuk lebih professional sekarang ni. Semester 3 Mirul bangkit balik. Bukan mudah untuk bangkit. Tapi Mirul selalu cakap kat kawan-kawan Mirul, "aku bukannyer macam korang, korang semua result gempak". Mirul Letak macam-macam kat bilik Mirul (bilik sorang2, boleh lah buat macam tu). Tapi, result kali ni, walaupun Mirul bangun kembali, namun Mirul masih bertatih. Masih perlu masa untuk berlari. 


Kawan-kawan ingat ye, 
Jangan berbangga berada di atas. Adakalanya kita akan dicantas.
Jangan berbangga dengan kejayaan. kerana ia senjata lawan.
Jangan mudah putusa asa, kerana kita pasti mampu berjaya


Jumpe lagi kawan-kawan ye.... 

Thursday, 10 December 2009

Tak Tahu Antara Dua

Assalamulaikum,

Dah lama tak update kat sini. Agak sibuk sikit dengan AmirulMukmin.Com. Kawan-kawan tahu tak apa itu AmirulMukmin.Com? Untuk pengetahuan kawan-kawan, AmirulMukmin.Com dibina oleh saya untuk memulakan perniagaan internet saya. Blog ini seakan-akan kedai maya saya lah. Tapi kawan-kawan pernah tak lawat Amirul Mukmin.com? Tak pernah lah tu kan? Takpe, kawan-kawan klik je kat gambar bawah nih kalau kawan-kawan nak melawat AmirulMukmin.Com. Percuma jer yuran lawatan ni.





Hari ni saya nak syer satu cerita dengan kawan-kawan. Ha, dah lama saya tak berkongsi cerita dengan kawan-kawan kan? Cerita ni berkenaan dengan 2 program yang saya terpaksa pilih untuk hadir. Kawan-kawan nak tau tak apa program tu? Program-program tu adalah:
1. Iktiraf
2. Seminar Perniagaan Internet 2010

Program Iktiraf ni adalah kesinambungan dari One Malaysia yang Amirul pergi dulu. Program ni mula pada 16-20 Disember. Seronok lah kan. Tak dapat nak pergi OM4, dapat jumpa kawan-kawan dalam Iktiraf. Ha, ni surat jemputan tu.


Surat Program


Seminar Perniagaan Internet 2010 pula pada 19 Disember nih. Kene bayar RM70 untuk datang dengar jer. Tapi kalau nak produk yang belum dilancarkan lagi, semuanya hampir RM200. Yang bestnya, seminar ni dianjurkan oleh Ammar Zahar. Kalau seminar dia, biasanya makan ratusan ringgit. Yela, dia ni antara Internet Marketer yang paling berjaya di Malaysia. Student lagi tau. Kat UPM.


Tiket Seminar

Satu perkara penting yang saya belajar di OM3. Kawan-kawan tau apa dia? Jangan tamak. Bila kita ada 2 pilihan, pilihlah satu. Kalau tak, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jadi, fikir punya fikir, saya  berikan beberapa persoalan:

  1. bila lagi nak pergi seminar murah macam ni? lagi pun sekarang tengah tak sibuk.
  2. Kak Zehan dah hantar surat jemputan. Takkan tak nak pergi?
  3. Duit tengah takde ni, nak mintak kat mak dah banyak sangat dah mintak. 
  4. Awal sangat la balik Shah Alam, 


Akhirnya, saya buat keputusan. Saya pergi Seminar Perniagaan Internet 2010. Kawan-kawan nak tahu kenapa?

  1. Sebab opah saya bagi duit untuk pergi seminar ni.
  2. Ini mungkin seminar terakhir Ammar Zahar
  3. Produk-produk yang dijual belum lagi dipasarkan. Maknanya, bila dipasarkan, saya akan jadi antara affiliate (agen) yang terawal dan lebih berpeluang untuk menewaskan otai-otai yang ada (walaupun macam susah je nak menang).
  4. Kalau saya tunggu-tunggu, mungkin dah tak sempat. Semester 4 lebih mencabar. Masa untuk belajar mesti diperuntukkan lebih banyak.


Bila ada dua pilihan yang diberi, saya harus memilih salah satu. Kawan-kawan ingat ye, jangan tamak nanti rugi.

Wednesday, 2 December 2009

Boringnyer

Hurm...

Dah bulan Disember

Tapi kiter buat aper kat umah?

Aku mcam nih la

bangun
bkk internet
makan
bkk internet
makan
bkk internet
tdo
bangun tdo

*sembanhyang ng mandi tuh kire sekali rrr

Hurm... tak tau rr mcm ner nak menempuh lagi berminggu nih.


YM? Kalo ader orang ym tuh mcm pelik jer....


SMS? Hak3... seminggu nak dapat 1 mesej pon susah


ape aku buat? ha.. tu yg start buat web sendiri tuh.


Ha... Penah dengan amirulmukmin.com ?


Ni rr web aku


Actually, minisite jer


Ni rr yang mengurangkan boring aku


Korang lawat2 rr ek....


Pape pon.. aku boring.. xder bende yang menarik nak syer ng korang

Saturday, 28 November 2009

Bile Budak IPT Jadi Kaya


Ini adalah antara persoalan yang popular sejak kebelakangan ini memandangkan kita mengalami kegawatan ekonomi. Kedai-kedai banyak yang tutup kerana tak mampu lagi bayar sewa, dan pekerja.. Pekerja ramai yang diberhentikan kerja.. Dan banyak lagi masalah yang melanda.

Jadi, oleh sebab itu persoalan Bagaimana Buat Duit Di Internet semakin popular memandangkan buat duit di internet tidak memerlukan banyak modal atau boleh bermula daripada ZERO pengetahuan dan ZERO modal.

Terkejut tak bila saya katakan ZERO modal?

Ya, seorang usahawan internet muda, Ammar Zahar baru-baru ini melancarkan sebuah produk Zero Ke Hero iaitustrategi bagaimana beliau menjana pendapatan di internet bermula daripada ZERO pengetahuan dan ZERO modal..

Dia sememangnya sama saja dengan kebanyakan anda pada awal tahun lepas. Teringin nak buat duit di internet tapi tak tahu caranya. Akhirnya atas usaha gigih dan strategi yang mengena, beliau kini menjadi salah seorang usahawan internet yang disegani dan mempunyai syarikat sendiri..

Bukan itu saja, jika dulu beliau digelar ZERO dan tidak mempunyai apa-apa selain duit PTPTN, kini beliau mampu membeli rumah sendiri, kereta sendiri dan pendapatan beliau melebihi dekan fakulti sendiri..hehe

Manarik kan?

Itu tak cukup menarik..

Yang lebih menarik, beliau kini membuka jualan Zero Ke Hero, berkongsi rahsia kejayaannya di internet dengan umum dan pastinya, ini bukan untuk semua orang..

Pakej ini hanya untuk mereka yang berminat nak buat duit di internet dan percaya bahawa internet adalah perniagaan sebenar dan bukannya skim cepat kaya seperti kebanyakan orang yang silap jalan.




Klik saja gambar diatas dan tonton video Ammar.. Saya pasti, jika anda mendapatkan Zero Ke Hero, anda bakal bergelar Usahawan Internet berjaya tak lama lagi.. Mungkin setahun, sebulan, ataupun seminggu?

Jika anda dapatkan pakej ini dan ambil tindakan, semuanya tak mustahil!


Semoga berjaya!

Thursday, 26 November 2009

Idul Adha

Ape kabar korang?

lama dah x update blog nih. Sibuk sangat ngan bisnes nih. Yela, baru nak menapak masuk dalam bisnes nih.

Ha, sebut pasal raye, esok dah nak raye. Tapi nampak macam x meriah jer. Kenapa? sebab persiapannya x gempak. Ni sume sebab:
1. Sedare mare x sampai lagi. Sorang pon blom sampai. Aku jer la yang temankan opah aku
2. X dapat nak tolong sama memasak untuk raye. Haha... Tetibe lak aku diserang alergi. Jadik, tangan aku kene berehat daripada memegang bende-bende yang macam2
3. Umah tengah renovate. Renovation nih dah lebih setengah tahun dah. Lame? mmg la... Dah abah aku yang jadi engineer, arkitek n buruh kontrak sekali. Senang cakap, dy x panggil kontraktor buat umah, dy nak buat sendiri.

Atas sebab-sebab yang dinyatakan di ats, adalah dukacita dimaklumkan bahawa Hari Raya Idul Adha tidak dapat disambut dengan meriah. Tapi, korang tunggu rr besok yer. Ader banyak yang dikongsikan... kot la...

Friday, 20 November 2009

Cuti & Bisnes

Ha... musim cuti memang membosankan. Lagi-lagi kalau takde aktiviti. Hari-hari makan, minum, solat, tengok TV dan tdo. Jadi, kenalah mencari aktiviti untuk musim cuti. Aku pon dah ada aktiviti untuk musim cuti. Apa dia? Forex? tak... tu semester lepas punyer. Perniagaan internet la... Jadi businessman la plak... yela.. kan 9/10 rezeki itu datang dari perniagaan.

Bisnes ape?
korang agak-agak aku jual ape? MLM? x la.. kan MLM ni ader yang meragukan... Jadi, aku jual produk la... Bukan MLM nih. Produk Grafik jer.. Meh cni aku syer ng korang pasal produk yang aku jual. Jap2... nak kne transform jadik promoter dulu...


MEMPERKENALKAN





Super Collection of Graphic Stuffs

Produk ni sasaran utamanya adalah Internet Marketers. Tapi, kite yang buat blog untuk seronok-seronok pon  boleh gune produk nih. Tapi, meh aku syer ng korang isi kandungan dalam pakej yang sangat hebat nih.




nak banyak lagi, korang klik kat bawah nih




Kenapa aku promote kat korang?
bukannye korang buat bisnes internet pon... tapi, produk nih ader banyak lagi bende yang akan mencantikkan blog korang.
contohnyer?
 
bende ni korang boleh masuk dalam point-point korang punyer post.
buat presentation Power Point pon dah nampak gempak




Ader macam-macam frame video
korang leh cantikkan lagi blog korang dengan video korang dihiasi frame yang cun nih




header & footer untuk blog korang

yang ni paling best
Video Tutorial Mengggunakan Koleksi Grafik

video nih ajar dari basic step Adobe Photoshop CS
kalo korang x pandai photoshop... korang rujuk video nih.. korang akan pandai photoshop. Insyaallah

Dengan video nih jugak, korang dapat edit semua koleksi yang ada dalam pakej nih dan sesuaikan dengan citarasa korang. contohnya macam button nih:


(asal)



(selepas aku tukar tulisan)


Senang jer kan? Kalo korang nak info lagi, klik kat sini. Harga asalnya RM 35 jer... Tapi kalo kawan-kawan mest boleh bagi murah kan? korang email jer rr kat aku, amirulmukmin.mukmin@gmail.com. Ader banyak lagi bonus yang best aku bagi kat korang!!!




Tuesday, 17 November 2009

Ku masih di sini

Assalamualaikum

Apa kabar semua?
Mesti ramai dah balik rumah kan?
Aku kat Shah Alam lagi...


Kenapa tak balik?
Saje jer... membuang masa kat sini.
kat rumah pon buang mase jugak.


Ape nak sembang harini?
Takde ape... cume saje nak update blog nih.
Tapi memang ader nak sesuatu nak kongsi dengan korang.
tapi nanti la ye... masih lagi draf dgn post tu.


ape pon... 
Happy Holiday
Selesaikan perkara-perkara yang tertangguh mase korang study arituh!!!

Friday, 13 November 2009

Seni Silat Langkah Empat (i)



dah lame x borak2 kat cni... ha... mase kat sekolah dulu... ape dy? sekolah mane? Sekolah Izzuddin Shah la....  sekolah ni sekalu aku mase kat 2002-2006. kat sekolah nih la aku belajar silat. Silat ape? ye laa.. nak bgtau rr nih.. Seni Silat Langkah Empat. nak gelak rr tuh..  korang jangan gelak... kenapa silat nih dinamakan langkah empat? bukan langkah lima atau tiga? sebab, 4 unsur adalah air, tanah api dan udara. empat kan? silat nih jugak ader satu seni yang dipanggil tapak empat. korang tak tau Tapak Empat tu aper? kalau dalam bahasa silatnye, dipanggil bergurau janji. ala... macam sparring la.. cume dah plan siap2. Macamne gerakannyer? mase explore laptop sendiri, terjumpe la balik video nih... video nih asalnye nak gune untuk web silat kitorang tapi sebab masalah teknilkal, tak dapat nak digunakan. ha... video nih direkodkan mase kitorang tengah exam SPM. mase tu baru baik dari food poisoning. satu sekolah kene racun... aku antara yang yang paling teruk. korang x percayer? nanti aku buat post pasal kene racun dengan dewan makan nih. tapi sekarang nih.. nak syer ng korang video nih. saksikanlah.





Tuesday, 3 November 2009

Selamat Hari Lahir

Alhamdulillah, Allah panjangkan umur untuk menikmati nikmat iman dan Islam. Maknanya umur sekarang nih dah 19 tahun. Semakin hari semakin meningkat usia. Tapi, semakin hari iman semakin meningkat? Amal? Apa yang dah dilakukan bagi menghargai nikmat hidup yang diberikan Allah? Sedar diri ini semakin hari semakin kurang potensi diri. Kalau dahulu mampu menggapai awan tinggi, kini hanya mampu memandang mentari. Maknanya, sesuatu harus dilakukan bagi kembali mencapai potensi diri dan meningkatkan kemampuan.

Tapi, alhamdulillah, biarpun kini menyepi, masih ada yang sudi menghulurkan ucapan hari lahir. Terkejut juga sebenarnya. Biarkan. Sebenarnya, nak kongsi antara ucapan-ucapan hari lahir yang diterima. Mana-mana sahabat yang bagi ucapan SMS, minta maaf tak dapat nak kongsikan bersama.



my housemate mase kat jati dulu. lambat pon kire wish jugak rr







kawan-kawan dari UiTM n Matrik Kedah




ni housemate. orang 2nd yang wish




yang ni plak my classmate kat matrik dulu. A1T3A. teringat mase jadi ketua tutor n praktikum dulu



Wednesday, 7 October 2009

Serabut!


Huh… serabut. Serabut sangat. Sebab pe serabut? Mest banyak masalah kan? Hurm… masalah x banyak. Serabut nih sebab piker masalah yang sama banyak kali. Dah tu. X yah la pikir. Mane boleh. Kalo boleh dah lame dah x pikir. Yela.. ape masalah nyer. Cube bagitau. Ala… x kan sume bende nak bagitau plak. Susah rr macam nih.

Ha.. ape yang selalu kiter buat kalo serabut ek. Hurm… kalo aku, selalunyer aku akan drive. Ni kalo kat rumah rr. Aku akan drive ke mana-mana tanpa hala tujuan. Sambil drive tuh bersembang rr sorang-sorang. Cara nih melegakan seketika walaupun berbahaya. Ye la… tengah melayan serabut, konfem x fokus drive kan. Ha.. ape lak kalo time tuh kat U? ha.. ride rr.. bawak moto… sembang sorang2.. bunyik macam kelakar. Tapi mmg puas. Cume yang x bestnyer.. makin itam rr kulit… tengah merembang bawak moto.. dah macam taik cicak dah badan nih. Berbelang-belang.

Ape lagi yang menarik nak dibuat bile serabut nih. Blogging la.. kan Tatkala hati terusik, tinta mula berbicara. Kat sebab tuh ader blog kan. Tapi.. yang paling berkesan adalah bace quran.. btol. Time serabut2, kalo bace quran mmg akan tenang. Paling tidak pown tenang kejap rr…

Tapi bahaya serabut nih. Akulah. Kalo serabut mest x perform buat keje. Natijahnyer, result kerja x memuaskan. Tu pasal rr aku x suker serabut2 nih. Tapi nak buat mcm mane. Aku suker berfikir. Hihi.. berfikir bende2 yang x penting. Ha… teringat seseorang pernah berkata. Buat aper nak fikir. Biar jer la. Jalankan hidup macam biasa. Btol jugak kate beliau. Tapi panas jer dengar. Kau x rase, boleh rr cakap kan.

Moral of the story is, biar aper pown yang berlaku. Kite kene tabah. Sebab, setiap yang berlaku ader hikmahnyer. Jadi, cube fikir positif setiap kali serabut. Ha… jangan lupe. Senyum. Tu terapi yang baik. Sebab bile senyum, kita aka nada cikit motivasi diri. Macam lagu tu;

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Hepi always k…